Tuesday, January 1, 2013

Zarina Anjoulie miliki dadah ?

Zarina Anjoulie mengaku tidak bersalah miliki dadah

PETALING JAYA: Pelakon dan model seksi penuh kontrevesi, Zarina Anjoulie mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki dadah jenis eramin 5 seberat 0.6 gram, tiga hari lalu ketika dicekup dalam serbuan disebuah perumahan mewah disini.


Zarina Anjoulie, 26, bersama seorang lagi rakannya, pelajar kolej swasta, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 26, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah beralamat No C-3-10 Armanee Condo, Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, dekat sini pada pukul 5.30 petang, 30 Disember 2012. Serbuan dibuat atas laporan orang ramai.
Demikian, majistret Nazri Omran membenarkan kedua-dua tertuduh berkenaan diikat jamin masing-masing RM2,000 dengan seorang penjamin. Manakala sebutan kes ditetapkan pada 8 Februari ini. 

No comments: