Showing posts with label lirik. Show all posts
Showing posts with label lirik. Show all posts

Tuesday, January 1, 2013

Zarina Anjoulie miliki dadah ?

Zarina Anjoulie mengaku tidak bersalah miliki dadah

PETALING JAYA: Pelakon dan model seksi penuh kontrevesi, Zarina Anjoulie mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki dadah jenis eramin 5 seberat 0.6 gram, tiga hari lalu ketika dicekup dalam serbuan disebuah perumahan mewah disini.


Zarina Anjoulie, 26, bersama seorang lagi rakannya, pelajar kolej swasta, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 26, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah beralamat No C-3-10 Armanee Condo, Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, dekat sini pada pukul 5.30 petang, 30 Disember 2012. Serbuan dibuat atas laporan orang ramai.
Demikian, majistret Nazri Omran membenarkan kedua-dua tertuduh berkenaan diikat jamin masing-masing RM2,000 dengan seorang penjamin. Manakala sebutan kes ditetapkan pada 8 Februari ini. 

Sunday, December 30, 2012

SHILA HAMZAH DAN ISU BURGER McD



Gara-gara memuat naik gambar yg sedang memegang sekotak burger McDonalds (McD) , walaupon tidak diketahui samada di makan atau tidak, gambar itu telah mengundang kemarahan ramai orang terutama dari kalangan peminat nya.

Apa yang membuatkan mereka marah adalah kerana baru-baru ini, Shila baru sahaja membuat persembahan amal untuk Palestin. Tetapi melalui gambar itu, peminat mengatakan tindakan Shila menyokong McDonalds adalah seperti bersekongkol dengan pihak Yahudi dalam menindas rakyat Palestin.

Di dalam hal ini, tidak ada bukti yang mendakwa McDonalds Malaysia menyumbang kepada pendapatan pihak Yahudi. Jadi makan atau tak, terpulang kepada hak individu. Wallahua'lam~

Namun, biasalah, jika melibatkan artis, korek gigi dlm toilet pon orang amek peduli~ 













Sumber - http://mynewshub.my

Thursday, December 27, 2012

11 BUAH TEKSI YANG PALING COOL DI DUNIA

Banyak-banyak kereta,kereta apa yang tidak di panggil kereta?? ----> Teksi

Berikut adalah teksi-teksi yang cool dan owsem terdapat di luar negara. kat Malaysia ni kalau yang bole tengok Hyundai sonata or Nissan sentra la yang paling canggih.


Boleh memecut kira- kira 88 batu/jam. Mnegambil idea daripada kereta mesin masa BACK TO THE FUTURE .Hanya terdapat di New York City.


Perhatian: Dimiliki oleh fesyen designer dari LA (Bijan).Gambar ini ditangkap di luar butiknya.Warna Hitam dan Kuning adalah warna kegemarannya. So ini bukan teksi..warne je..haha





Yang mana satu anda pilih?


Siapalah yang berani membuat kereta-kereta rare sebegini menjadi teksi? ??

JAWAPANYA : Top Gear !


Bat mobile teksi!!!


Made in China loh!!




Teksi tak berapa nak Teksi....Teksi basikal ...Made in Spain

Di Shanghai, China.



Hummer der...Teksi dari Houston,Texas

Pink Teksi "Hanya untuk wanita"

Idea yang bernas daripada statistik purata 10 orang perempuan di ganggu di dalam teksi dalam sebulan.


Jarang-jarang dilihat.Beruang yang berwang


No komen. (-_-)



Tuesday, December 25, 2012

9 RUMAH YANG PALING PELIK DI DUNIA Part 2


4.
 
Rumah Buih

Memang rumah yang direka berdasarkan alam semula jadi!. Dibina sekitar tahun 1970-an oleh arkitek Antti Loavag dan designer terkenal Pierre Cardin di kawasan berdekatan dengan Tourrettes-sur-Loup di Perancis.

Semua bilik dan Villa-villa di sini kesemuanya berbentuk bulat termasuk katil-katil yang terdapat di situ.Pierre Cardin menyatakan bahawa bulat adalah simbol asas rekaannya yang mewakili bumi,kandungan,lubang ,sarang dan buah dada.
Betullah kata pakar physikologi.. orang yang suka bentuk bulat cenderung kepada seks!

Via Izismile.com
Hehehe. macam ape ek?

#3.
 
Rumah pokok yang hyper tinggi
Dulu kecik-kecik aku selalu impikan mempunyai rumah atau pondok seperti ini...huhuhu.Ni adalah contoh rumah tipikal yang dibina oleh puak Korowai di Papua New Guinea yang sangat terasing daripada dunia sehingga tahun 1070-an. Mereka membina rumah ini untuk mengelakkan serangan dari binatang buas,banjir dan serangga kecil,selain bertanding siapa yang mempunyai rumah yang paling tinggi.Perlukah? tapi terus terang ...untuk rumah setinggi ini ...ianya sangatttttt owsem! tapi sayang .. kalau la ada kelengkapan lift (-_-)


#2.
 
Rumah di laluan pejalan kaki
Dibina oleh Dai Haifei,arkitek dari China. Beliau bekerja di syarikat yang menggunakan slogan " "Our Buildings Are Eggs Laid by City," ..hurmm sesuai dengan slogan syarikatnnya Dai Haifei sekarang tinggal di kaki lima di dalam bilik yang berbentuk telur.Jalan-jalan...sure tak perasan ada orang duduk dalam rumah ni..wakakaka.

Rangka rumah diperbuat daripada buluh dan di tutup dengan habuk kayu.Luarannya siap ada rumput lagi bai....
Rumah ini lengkap dengan katil dan beberape kelengkapan asas seperti tank air mini.Mengikut kata Dai lagi,rumah ini hanyalah untuk dia melelapkan mata memangdangkan dia akan bekerja hingga tengah malam.. setiap hari. (-_-)
#1.
 
Rumah Pecah atau Pecah Rumah?
Aritokrat pada era pra-revolusi dari Perancis in memang banyak duit dan masa. Di reka ole Francois Nicholas Henri Racinr de Monville dan sengaja dibina pada keadaan seperti gambar di atas untuk kelihatan seperti telah musnah,usang dan klasik =)




Read more: http://www.cracked.com/article_19286_9-houses-you-wont-believe-people-actually-live-in_p2.html#ixzz2G7HDi1Cx

Thursday, December 6, 2012

Cerita Seram - Diganggu Hantu Sampai Arwah

Cerita Seram - Diganggu Hantu Sampai Arwah

Citer bab banglo hantu ni dah terbit sejak wak ngaji di ITM, 16 tahun dulu lagi. Malah cerita versi zaman wak tentang banglo yang menyeramkan itu memang hangat dan menakutkan. Jika zaman wak dulu sewa rumah tu kalau yang 'kahak' nak duduk, tak mahal bro..! RM30 hinggit jer sebulan. Walaupun murah..tapi tak ada yang berani nak menyewa. Dan versi cerita yang diterbitkan ini wak rasa bukan rekaan. Bukan tipu punya cerita! Baca sampai habis, dan kepada arwah..kita sedekahkan Al-Fatihah..moga roh mereka yang teraniaya aman di sisi Tuhan ! Amin..! - wak radens






Alkisahnya, 9 tahun lepas aku dapat sambung belajar di UiTM Shah Alam. Jadi perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal sebab aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan keprihatinan aku dan kawan-kawan, maka dapatlah kami rumah sewa, berdekatan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la].

Rumah tu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik dekat atas dan 1 bilik dekat bawah. Kami semua berlapan, kiranya 2 orang untuk 1 bilik lah. Aku ringkaskan sajalah, kami masuk rumah tu dengan perasaan berbelah bahagi; gembira, suka, pelik, rimas, takut semua ada.

Pertama, tuan umah hanya kutip RM50 saja sebagai deposit dan sewa pertama hanya bayar bila masuk bulan kedua kami duduk rumah tu. Kiranya bulan pertama percuma lah....[?]

Kedua, tuan rumah tak bagi kami bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik, terangnya.

Ketiga, pokok ara tepi umah tu sangat besar sampai dahannya boleh masuk tingkap bilik atas.

Malam pertama duduk rumah tu kami tidak tidur sebab sibuk punggah dan kemas barang serta layan serta layan dvd korea. Cerita seramnya berlaku semasa hari kedua. Tak payah nak tunggu malam, siang-siang pun kami dah kena kacau. Azmi "dagu" orang pertama kena.

Masa tu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun nak buang air besar. Jadi dia pergilah bilik air di bawah tu tapi ada orang di dalam [sebab pintu tertutup]. Bilik air atas rosak, tuan umah kata nanti dia akan betulkan. Tunggu punya tunggu, tak keluar-keluar orang dalam tandas tu. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikit keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apa hal. Yang peliknya, kami berlapan semua ada, habis siapa dlm tandas ni? Pintu tandas berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi. Dalam ramai-ramai ni, Lan seorang saja yg berani sikit [mungkin fasal dia ni keturunan bugis], dia rentap pintu tandas tu sampai terbuka. Tak ada orang tapi daripada kesan yang ada, pintu tu memang dikunci daripada dalam. Akhirnya Azmi tak jadi berak, mungkin sebab takut.

Malam tu kami kena lagi teruk. Masa aku nyenyak tidur malam tu tiba-tiba ada orang tarik kedua-dua belah kaki aku sampai aku terjatuh katil. Kepala aku terhentak dulu di lantai! Apa lagi, angin la aku sebab ingat budak-budak nak main-mainkan aku tapi bila bangun tak nampak orang pulak. Yang ada cuma Lan yang tengah membuta dekat katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab mesti dia tidur mati. 

Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diaorang tengah layan DVD dekat hall bawah. Aku pun masuk bilik balik sebab masih bingung tapi baru aku perasan masa aku tengah jengah ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah. Dengan perasaan berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut, kiranya macam ada orang lah. Aku tarik kain selimut tu and guess what? Ada batu nisan yang dah retak dan secara automatik bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang menusuk.

Masa ni jangan tanya aku lah apa aku buat sebab kalau benda ni jadi dekat korang pun takkan nak tinggal dalam bilik tu lagi betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar bilik tu dan pergi ke hall sebab nak beritahu kawan-kawan aku tapi yang macam haram jadahnya tak ada seorang pun ada dekat hall. Nak tahu man diorang pergi? Semua dah duduk dekat luar rumah! Rupanya awal-awal lagi diorang dah kena kacau. Yang laknatnya, tak ada seorang pun nak kejutkan aku...taik betul diorang ni.

Lepas diorang tenangkan aku, kami berbincang nak buat apa sebab sekarang sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam, rumah tok imam pun kami tak tahu. Nak minta tolong jiran, kiri kanan rumahkami cina. Akhirnya Salleh ajak lepak restoran Hakim sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing semua tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelekat saja. Mahu tak mahu terpaksalah kami masuk rumah tu balik sebab nak ambil seluar, dompet dan kunci motor.

Oleh sebab bilik Bob dan Naim saja yang ada di bawah, maka kami ambil keputusan nak pinjam baju n seluar mereka. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Dompet pun aku tinggal. Masing-masing berpakat guna duit Naim dahulu. Nasib baik kunci motor kami sangkut dekat dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak perasan ada budak perempuan dekat pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan dekat dia. Aku pun terperasan budak tu juga lepas aku tengok muka Wak bertukar pucat lesi. Senyuman budak tu buat aku rasa macam nak terkincit dalam seluar. Kepala lutut aku menggigil sampailah dekat restoran Hakim!

Lepas sampai restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita termasuk aku sekali lah. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 lebih, dia sibuk download lagu tiba-tiba ada bunyi macam orang baling batu dekat tingkap bilik dia. Bila dia jengah, dia nampak ada seorang perempuan duduk dekat atas pokok kayu ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan dan koyak-koyak dengan rambut panjang. Yang sadisnya, perempuan hodoh tu boleh senyum dekat dia pulak. Wak ni apa lagi terus tutup tingkap dan keluar pergi bilik dia n terus pergi bilik aku lah kononnya. Malangnya, lagi seekor hantu pulak duduk dekat depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. Jadi dia ambil keputusan terjun tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah.

Azmi "dagu" pula cerita dia nampak ada budak perempuan lambai tangan dekat dia [yang ini, aku pun kena juga ok]. Aku pasti budak itu bukan manusia sebab dia tak ada kaki! Sam pula cerita dia nampak hantu tu dekat siling umah! 

Bila buka saja mata, hantu itu betul-betul "eye to eye" dengan dia. Kiranya semua kena kacau lah ni. Dan aku orang akhir sekali cerita. Aku cakap lah dua-dua kaki aku kena tarik masa tidur sampai kepala aku terhentak dekat lantai. Lepas itu aku cakap lah yang aku nampak diorang tengah layan dvd dekat Hall tapi Azmi tiba-tiba menyampuk "Bila masa pulak kami tengok dvd?". Rupa-rupanya tiada seorang pun yang tengok dvd pagi tersebut! Jadi, siapa yang aku nampak?! Haru betul...kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat gigilnya.

Tengah sibuk berborak, aku terbau sesuatu yang kurang enak. Kawan-kawan aku yang lain pun terbau juga. Rupanya Azmi ni tadi dah terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang dekat Restoran Hakim tu. Malu betul! Aku pulak ternampak Sam pakai selipar sebelah lain. Daripada sibuk-sibuk bercerita seram terus jadi cerita kelakar pulak.

Tengah ketawa, baru kami perasan Salleh dengan Naim tak ada bersama kami. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi Dagu, Sam banjar, Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob seorang yang bawa HP, jadi kami cuba telefon Naim tapi tak ada orang angkat. Telefon Salleh pula, sama juga tak ada orang angkat. Kemudian Lan ambil HP Bob tu, dia baca apa entah agaknya lepas tu tahu apa jadi? Dengar suara perempuan menggilai! Gila-gila punya ngilai sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Akhirnya kami sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah itu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan menggilai dalam HP tu, tiada seorang pun yang buka mulut sehinggalah subuh!

Pukul 7.30 pagi baru kami blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar-debar. Yang lain-lain aku tahulah. Sampai dekat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan pagar terbuka seluas-luasnya. Kalau pencuri masuk ni, memang dia akan kaya sebab laptop, wallet dengan HP kami semua dibiarkan macam itu saja. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada seorang pun berani masuk rumah itu dahulu Aku ingat, ada lah 20-30 minit kami duduk tercangak-cangak dekat depan rumah sebab tak berani masuk. Entah macam mana agaknya HP Bob berbunyi.

Hati aku da x sedap. Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah. Lan angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling berani tapi kadang-kadang penakut juga lah. Pihak hospital telefon, katanya Naim ada di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari nombor hp Bob, sebab itu dia telefon nombor Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan?

Masing-masing serba salah jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama ada nak melawat Naim di hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. 

Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk tengok apa yg patut. Aku dengan Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh cari Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami masing-masing hanya bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang, aku pun tak tahu Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat mengatakan bahawa perkara ini belum habis lagi.

Sampai hospital, aku terus cari Naim. Sebak sungguh hati aku tengok keadaan Naim yang parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta atau sesuatu. Kes langgar lari. Naluri aku kuat mengatakan bahawa umur Naim ni tak panjang sebab darah keluar membuak-membuak. Sam tak sanggup tengok, air mata dia berjurai-jurai keluar. 

Doktor pun cakap Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf sebab menyusahkan kami. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal juga. Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan yang lain beritahu kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi balkoni dengan mata merah sebab nangis banyak sangat. Tak lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku tak sanggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam.

Sampai dekat rumah, aku tengok ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa-jumpa. Habis satu umah digeledah. Akhirnya ada orang tua dekat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz itu tapi lepas Asar baru kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut belakang rumah. Yang hairannya, sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada pula jumpa dia dekat situ.

Tak kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh. Kami semua ambil keputusan pindah dari rumah hari itu juga. Kebetulan dekat seksyen 7 [pintu belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi kami pindah situ lah. Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak beritahu yang rumah ini "keras". Patut lah dia suruh bayar RM50 saja dulu dan tak bagi bawa barang banyak-banyak. Chisss......!

Aku demam 3 hari. Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub, Pahang.

Seminggu lepas itu, keadaan sudah ok sikit cuma Salleh saja yang sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal dia ada cakap dekat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari pertama kami masuk rumah tu, Naim dengan Salleh sudah buat hal. 

Dia cangkul busut dekat belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin sebab itu lah kaki dia parah [dalam hati aku lah]. Kemudian Salleh cerita, kn ada malam yg kitorg satu umah kena kacau tu dia dengan Naim pun kena juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang sampai dekat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia pulak dekat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa-apa sampailah kami jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya, macam mana dia boleh duduk atas busut sedangkan dia kata dia lari dekat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk?



Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku, dia jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian dia meninggal. Keluarga dia sendiri kebingungan sebab doktor pun tak tahu sakit Saalleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. Aku dengan geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu..

Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian di UITM. Buat Naim dan Salleh, kami tetap akan ingat korang sampai bila-bila. Al- fatihah

Ops..Rumah banglo dekat seksyen 2 itu sampai sekarang ada lagi [agaknya]. Tiap kali aku lalu kawasan situ mesti aku rasa sedih sangat. Lagi satu,masa hari terakhir kami di rumah tu, Wak tertinggal hp dia dekat bilik atas. Jadi pada siapa-siapa yang berani, boleh lah ambil hp tu tapi itu pun kalau korang berani la...nokia 3310 !

p/s : fuhhh..dahsyat..dahsyat..

Sunday, May 9, 2010

GOODBYE BABY-HEY MISS CHENTA

GOODBYE BABY-HEY MISS CHENTA

Disaat ini terkenang dirimu
teringat kembali saat kita bertemu
sinar wajah yang sering dirindu
di dalam tidur termimpi selalu

Tika berjauhan hati tetap satu
kepada dirimu kuingati selalu
kenangan indah bermain dikalbu
ingin ku kembali seperti dahulu

c/o
Goodbye baby it my last words for you
apa yang berlaku kau dan aku pun tahu
dugaan ini tabah hadapi biar berlalu pergi

i said im sorry forgive me am trying
kuharap dikau pun bisa begitu
usah kesali pemergianku cinta dihatimu...

lagu/lirik: Awan, Hey Miss Chenta





Sunday, March 14, 2010

Hanyut- Faizal Tahir


Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Chorus
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Ulang Chorus

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja






Thursday, December 10, 2009

Lirik Lagu Faizal Tahir - Selamat Malam

Lirik Lagu Faizal Tahir - Selamat Malam

Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Selamat malam
Tidurlah sayangku

Lirik Selamat Malam - Faizal Tahir

download link click here






Tuesday, March 31, 2009

Putihnya lukisan by Meet Uncle Hussain lirik

Macam2 yang blaku skarg nih...bukan dunia yang besa ni je...dunia sekeliling aku ni pon...huh..
bl nak brubah aku dan korang nih kan..rasenye x dan x akan berubah kot..sebab aku dan korang da macam bes je jadi manusie bermasalah dalam dunia ni kan. rase cam bagos, x pk orang laen, ikot kepale sendiri, lupekan yang lame bl da dapat bende baru..susa nak lepaskan kesenangan demi kawan2..haha teruknye aku dan korang.Dah2 la kritik orang diri sendiri pon x cukup bagos mcm mane tu...Dunie ni untuk dikongsi beramai2 oi..bukan aku dan korang yang perasan bagos dan syok sendiri je... pikir-pikir sket gune kepale otak tuh..nyampah tol la aku pade diri aku sendiri dan korang..mnyampah sangat @##&%^*&%$%#$# bodo la..zZz.Bak kate kawan ku Hidup x selalunya senang~ diam laaaaaa kate ridwan makanya kaw2 a.k.a street eyes.

Meet Uncle Hussain - Putihnya Lukisan


oh dunia
penuh dengan derita
ada suka
ada juga dukanya
yang disana sedang menahahahaha
yang disini ditimpa malapetaka

ow dunia hari ini
ow sedihnya
ow tanah dijajah lagi
ow kehahanya

*
jika ku seorang pelukis
akan ku warnai dunia
denga warna putih
agar tiada gelap
lukisannya ow oh oh dan oh

oh manusia
tak ku mengerti sifatnya
ada mulia
ada juga kejinya
yang si tua berbalahkan kuasa
yang simuda mengacukan senjata

ow maruah dijual beli
ow murah nya
ow bumi terbelah lagi
ow bencana







p/s : mase ku post ni..aku baru bangun dari tido...nightmare gile mimpi aku.