Showing posts with label nukart. Show all posts
Showing posts with label nukart. Show all posts

Sunday, December 23, 2012

Allahuakhbar! Bayi mengandungkan bayi


Subhanallah!! Bayi Mengandungkan Bayi Lain Dalam Perut | Jika terdapat sebarang benjolan terhadap bentuk fizikal di badan kita, bekemungkinan ia merupakan satu penyakit ketumbuhan yang perlu dibuang melalui pembedahan. Satu kes telah berlaku di mana seorang bayi dipercayai terdapat satu ketumbuhan di bahagian perutnya. Ibu bapanya bertindak menghantar ke hospital bagi tujuan semakan. Namun apa yang memeranjatkan mereka, hasil daripada imbasan yang dilakukan, bayi tersebut bukan mengalami ketumbuhan akan tetapi ia dipercayai mengandungkan seorang bayi dalam perutnya.
Afiah Syafina, seorang bayi perempuan berusia 2 bulan, anak dari pasangan Bambang Sarianto & Syarifah yang keduanya berkerja sebagai Guru Sekolah di Tebing Tinggi, Bayi pasangan ini mengalami perut buncit, yang setelah dibuat pemeriksaan dianggap Tumor yang harus segera dibedah.
Saat pasangan ini menjumpai Prof.dr.Chairuddin P.Lubis, beliau Secara langsung menghubungi Pak Biebie (Rtn.Kentjana Salim) dari Rotary Club Deli Medan.

Rotary Club Deli Medan cepat kesana dan membantu pembiayaan biaya pembedahan dan rawatan di Rumah Sakit Gleni International Medan.
Dengan ditemani oleh Dr.Djeni Bijantoro SBB SPBA, Operasi pembedahan dilaksanakan pada hari Sabtu, 19 Januari 2008 dari jam 08:00 – 11:30

Hasilnya cukup mengejutkan dan ternyata yang disangka Tumor itu adalah Janin berusia 5 bulan!!Saat ini si kecil Afiah dalam keadaan sihat.

Sumber : http://www.siakapkeli.com/2012/12/subhanallah-bayi-mengandungkan-bayi.html

Mazidul Akmal Sidek bikin Panas! 300 Penunggang Serbu Sri Pentas (TV3)

Penunggang desak Mazidul, Majalah 3 mohon maaf
Seramai kira-kira 300 penunggang motosikal berkuasa tinggi hari ini berkumpul di hadapan Sri Pentas- Media Prima Berhad (MPB) untuk menyerahkan memorandum mendesak pengacara Mazidul Akmal Sidek memohon maaf secara terbuka.

Kumpulan tersebut, antaranya daripada Motor Corner dan ARC Selangor, turut mendesak program Majalah 3 membuat permohonan maaf secara terbuka dan terperinci.

Kumpulan motosikal itu tiba di perkarangan Sri Pentas kira-kira jam 12 tengah hari. Kelihatan kira-kira 30 anggota polis di kawasan sekitar Sri Pentas.

Sebelum menyerahkan memorandum, kumpulan itu berhimpun di pintu masuk Sri Pentas dan melaungkan "Kami bukan bukan pelesit", "Get out Mazidul" dan "Kami sayang TV3".

Memorandum telah diserahkan oleh wakil kumpulan motosikal, Mohd Shahid Tasiran kepada Pengurus Kanan Perkhidmatan Pengurusan MPB, Alwi Husni Yahya.









Kumpulan itu turut memberi masa dua minggu kepada Mazidul serta pihak program Majalah 3 untuk memohon maaf.

Menurut Shahid yang ditemui pemberita selepas memorandum diserahkan, jika dalam masa dua minggu, tiada permohonan maaf secara terperinci dibuat, pihaknya akan membuat perhimpunan yang lebih besar.

"Pelbagai kelab yang mewakili bikers dari seluruh Malaysia hari ini datang untuk hantar memorandum bantahan kepada Majalah 3 yang menggelar bikers ini 'pelesit jalanan'.


"Kami mahu permohonan maaf secara khusus dari Majalah 3 dan Mazidul. Memang dah mohon maaf tapi kami nak permohonan maaf dengan ayat yang khusus secara terbuka terutama daripada Mazidul," katanya.

Selain itu, bagi Mohd Asri Hamid yang turut mewakili kumpulan itu berkata gelaran pelesit jalanan merupakan satu gelaran yang tak sewajarnya diberikan.

Menurut Asri, pelesit merupakan makhluk yang bersekongkol dengan syaitan dan gelaran itu seolah-olah mengatakan mereka "syaitan jalanan".

"Gelaran yang diberi Mazidul sebagai pelesit jalanan. Pelesit ini bersekongkol dengan syaitan, iblis. Kami rasa memanggil kami iblis, syaitan jalanan. Mohon tarik balik gelaran itu," katanya lagi.

-Sumber: Malaysia Kini -



Paling mengejutkan ialah kemunculan pelawak terkenal Zizan Razak tiba-tiba keluar dari celah2 bikers membawa sekeping kertas yang tertulis "Rakyat Tolak AES"..

Zizan dikatakan menyertai bikers yang berhimpun di hadapan Sri Pentas sebaik sahaja beliau selesai mengacarakan rancangan "melodi"..



-Sumber: Malaysia Kini -

Wednesday, December 19, 2012

Gangnam style dan ramalan hari kiamat Nostradamus


A picture of Psy's Gangnam Style on YouTube.
NEW YORK: Apakah hubungan antara ramalan kiamat akan berlaku esok dengan fenomena Gangnam Style milik penyanyi Korea Selatan, Psy?

Menurut ramalan kontroversi Nostradamus, jika angka klip video Gangnam Style mencecah satu bilion penonton, maka kiamat akan berlaku.

Siapa sebenarnya Nostradamus? Dia ialah penyair, peramal astrologi yang lahir di Perancis pada 1503. Namanya sangat terkenal selepas beberapa ramalannya menjadi kenyataan.

Beberapa ramalannya yang terkenal dan terbukti tepat ialah Revoulsi Perancis, Kebakaran di London, kematian Puteri Diana, kematian John F Kennedy dan tragedi pengeboman di Nagasaki, malah tragedi serangan 11 September di New York.

Berdasarkan turutan rekod itulah, dunia mulai cemas dengan ramalan dunia akan berakhir atau kiamat yang dijangka berlaku ketika penonton Gangnam Style di YouTube mencecah angka satu bilion. Mengapa Gangnam Style dan mengapa angka satu bilion? Berikut ialah ramalan Nostradamus mengenai akhir zaman.

“From the calm morning, the end will come when of the dancing horse the number of circles will be nine,” Nostradamus, 1503.

“From The Calm Morning dirujuk oleh peramal sebagai negara Korea Selatan sebagaimana negara itu mendapat jolokan Calm Morning dalam bahasa Inggeris.

“Dancing Horse? Jelas sekali yang dimaksudkannya ialah Gangnam Style yang sememangnya berasal dari Korea Selatan. Bagaimana dengan maksud “Circle Will Be Nine?” Ungkapan ini masih diperdebatkan. Beberapa peramal berkata maksudnya ialah angka kosong iaitu jumlah penonton YouTube yang mengakses klip video Gangnam Style. Ia bermakna angka satu bilion yang memiliki sembilan kosong (bulatan) sama dengan ungkapan Nostradamus. Dalam erti kata lain apabila diterjemahkan kesimpulannya dalam bahasa Melayu, ramalan Nostradamus bermaksud: “Dari Korea Selatan, kiamat akan berlaku ketika tarian kuda menunjukkan bulatan hingga sembilan.” Jadi, apakah ramalan Nostradamus bakal terbukti? Apa pun, ketika ini klip video Gangnam Style sudah ditonton sebanyak 971,518,818 dan kelihatan terus bertambah. - Agensi

Sumber : Harian Metro

Ape - apepun hanya Allah yang maha mengetahui =)

Isu Semasa - Bukan Untuk Seks




RANGKA manusia yang ditemui di atas katil di rumah wanita itu.

STOCKHOLM: Seorang wanita berusia 37 tahun yang didakwa meyimpan bahagian rangka manusia di rumahnya agar dia dapat melakukan hubungan seks dengannya berkata, walaupun perbuatannya pelik tetapi dia tidak melakukan jenayah.

Wanita Sweden itu didakwa mencabuli ketenangan si mati selepas dia dituduh menggunakan 100 bahagian, termasuk enam tengkorak dan satu tulang belakang untuk memuaskan nafsunya.

Dia memberitahu akhbar Goeteborgsposten, dia tidak menggunakan rangka manusia untuk kepuasan seksual, tetapi dia berminat dengannya.

Bagaimanapun, dia mengakui berminat dengan nekrofilia, tetapi menafikan cenderung untuk melakukan seks dengan rangka manusia.

“Saya tahu ia pelik, tetapi rangka manusia adalah hobi saya.

“Saya berminat dalam perubatan forensik dan saya juga meminati osteologi. Saya mempunyai gambar orang mati. Saya tidak menafikan itu,” katanya. Wanita itu ditahan September lalu apabila polis dihubungi ke apartmennya selepas kedengaran bunyi tembakan pistol. Mereka menemui beberapa rangka manusia dan beberapa pisau. Polis Sweden kemudian mendedahkan gambar yang dirakam di apartmennya menunjukkan tengkorak manusia di atas katil, dalam beg dan dalam peti dingin beku miliknya.

Ia menjadi tajuk utama akhbar di seluruh dunia dan wanita itu percaya dia menjadi mangsa ketidakadilan. “Lebih ramai orang telah melihat wajah saya berbanding filem Batman,” katanya. - Agensi


Sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Bu...ukseks/Article

Tuesday, May 18, 2010