Showing posts with label how to. Show all posts
Showing posts with label how to. Show all posts

Tuesday, January 1, 2013

SENARAI ARTIS AJL 27



Penampilan dan persembahan istimewa

Azlan & The Typewriter | Amir Jahari | One Nation Emcees dan Jimmy Palikat | Stacy | Black & RJ | Hazama | Mojo INFO LANJUT ROADSHOW : http://www.anugerahjuaralagu.com/ajl27/

Sunday, December 23, 2012

Allahuakhbar! Bayi mengandungkan bayi


Subhanallah!! Bayi Mengandungkan Bayi Lain Dalam Perut | Jika terdapat sebarang benjolan terhadap bentuk fizikal di badan kita, bekemungkinan ia merupakan satu penyakit ketumbuhan yang perlu dibuang melalui pembedahan. Satu kes telah berlaku di mana seorang bayi dipercayai terdapat satu ketumbuhan di bahagian perutnya. Ibu bapanya bertindak menghantar ke hospital bagi tujuan semakan. Namun apa yang memeranjatkan mereka, hasil daripada imbasan yang dilakukan, bayi tersebut bukan mengalami ketumbuhan akan tetapi ia dipercayai mengandungkan seorang bayi dalam perutnya.
Afiah Syafina, seorang bayi perempuan berusia 2 bulan, anak dari pasangan Bambang Sarianto & Syarifah yang keduanya berkerja sebagai Guru Sekolah di Tebing Tinggi, Bayi pasangan ini mengalami perut buncit, yang setelah dibuat pemeriksaan dianggap Tumor yang harus segera dibedah.
Saat pasangan ini menjumpai Prof.dr.Chairuddin P.Lubis, beliau Secara langsung menghubungi Pak Biebie (Rtn.Kentjana Salim) dari Rotary Club Deli Medan.

Rotary Club Deli Medan cepat kesana dan membantu pembiayaan biaya pembedahan dan rawatan di Rumah Sakit Gleni International Medan.
Dengan ditemani oleh Dr.Djeni Bijantoro SBB SPBA, Operasi pembedahan dilaksanakan pada hari Sabtu, 19 Januari 2008 dari jam 08:00 – 11:30

Hasilnya cukup mengejutkan dan ternyata yang disangka Tumor itu adalah Janin berusia 5 bulan!!Saat ini si kecil Afiah dalam keadaan sihat.

Sumber : http://www.siakapkeli.com/2012/12/subhanallah-bayi-mengandungkan-bayi.html

Wednesday, December 19, 2012

Isu Semasa - Bukan Untuk Seks




RANGKA manusia yang ditemui di atas katil di rumah wanita itu.

STOCKHOLM: Seorang wanita berusia 37 tahun yang didakwa meyimpan bahagian rangka manusia di rumahnya agar dia dapat melakukan hubungan seks dengannya berkata, walaupun perbuatannya pelik tetapi dia tidak melakukan jenayah.

Wanita Sweden itu didakwa mencabuli ketenangan si mati selepas dia dituduh menggunakan 100 bahagian, termasuk enam tengkorak dan satu tulang belakang untuk memuaskan nafsunya.

Dia memberitahu akhbar Goeteborgsposten, dia tidak menggunakan rangka manusia untuk kepuasan seksual, tetapi dia berminat dengannya.

Bagaimanapun, dia mengakui berminat dengan nekrofilia, tetapi menafikan cenderung untuk melakukan seks dengan rangka manusia.

“Saya tahu ia pelik, tetapi rangka manusia adalah hobi saya.

“Saya berminat dalam perubatan forensik dan saya juga meminati osteologi. Saya mempunyai gambar orang mati. Saya tidak menafikan itu,” katanya. Wanita itu ditahan September lalu apabila polis dihubungi ke apartmennya selepas kedengaran bunyi tembakan pistol. Mereka menemui beberapa rangka manusia dan beberapa pisau. Polis Sweden kemudian mendedahkan gambar yang dirakam di apartmennya menunjukkan tengkorak manusia di atas katil, dalam beg dan dalam peti dingin beku miliknya.

Ia menjadi tajuk utama akhbar di seluruh dunia dan wanita itu percaya dia menjadi mangsa ketidakadilan. “Lebih ramai orang telah melihat wajah saya berbanding filem Batman,” katanya. - Agensi


Sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Bu...ukseks/Article

Sunday, December 16, 2012

Friendster tambah ciri sosial



LAMAN Sosial, Friendster menawarkan tambahan ciri baru bagi memudahkan pengguna mencari kawan, mahu pun pasangan menerusi 'Friendster Finder'.


Peningkatan ciri baru itu dilengkapi fungsi profil yang membolehkan pengguna baru dan sedia ada menambah maklumat peribadi seperti umur, jantina, lokasi serta gambar profil selain Friendster Finder.


Laman utama profil juga dipertingkatkan dengan mengemas kini lebih banyak aktiviti seperti perubahan status rakan baru dan hubungan sosial.


Pengguna kini boleh menghantar komen atau berkongsi gambar dan video.


Dilancarkan semula pada Mei lalu, Friendster sentiasa menambah baik dan melaksanakan kandungan baru dengan pelbagai pilihan permainan percuma dalam talian daripada lapan genre yang berbeza.






sumber:http://www.sinarharian.com.my/bisnes...osial-1.112917

Sunday, December 2, 2012

Pontianak Dipercayai Berkeliaran



BELGRADE – Penduduk di Kampung Zarozje, dekat bandar Bajina Basta, Serbia percaya terdapat puntianak yang menghisap darah sedang berkeliaran dan mereka kini hidup dalam ketakutan.Seorang anggota majlis tempatan memberi amaran kepada penduduk kampung itu supaya membawa bawang putih di dalam saku dan lambang salib di bilik rumah mereka bagi mengelak kehadiran puntianak.Mereka kini dilanda ketakutan tentang kehadiran puntianak legenda yang bernama Sava Savanovic.“Kisah Savanovic merupakan satu legenda tetapi beberapa perkara ganjil telah berlaku sejak kebelakangan ini,” kata seorang suri rumah, Milka Prokic yang memegang bawang putih di tangannya.“Kami mewarisi legenda itu daripada nenek moyang dan kami menghidupkannya untuk generasi muda,” tambahnya yang berusia 55 tahun.Kewujudan puntianak itu berkeliaran di kampung tersebut tersebar selepas sebuah kincir air di Sungai Rogacica di kampung tersebut runtuh beberapa bulan lalu.

Kincir itu dipercayai menjadi tempat tinggal puntianak tersebut.Justeru, puntianak itu kini berkeliaran selepas kincir air yang menjadi tempat tinggalnya musnah.Puntianak itu kini marah kerana terpaksa mencari tempat untuk menggantung pakaiannya.

Vampire castle :fortless de Belgrade

Beberapa penduduk mendakwa mereka mendengar bunyi daun-daun kering di hutan dipijak dan suara ganjil datang dari puncak sebuah kawasan pergunungan.Kawasan pergunungan itu dipercayai menjadi tempat puntianak itu dibunuh dengan pancang tajam yang menembusi jantungnya.


Namun, puntianak tersebut masih hidup dalam bentuk roh seperti menjadi rama-rama.Beberapa penduduk menyatakan mudah bagi orang di luar kampung itu untuk mentertawakan mereka ekoran kisah tersebut.“Baru-baru ini, lima orang telah mati selepas seorang demi seorang di dalam komuniti kita” kata seorang anggota majlis perbandaran, Miodrag Vujetic. 


Sumber – Agensi

Saturday, November 8, 2008

kenapa begini

haha...knp lame x update2?....otak kosong la...x tahu la nak update ape...disamping exam yg ...hish..
membengangkan kepale aku...ye ke?...haha.....tp mase time final2 ni la...aku terkena satu penyakit yang susah untuk dibendung.....game addict...btul ke ejaan aku ni...haha....siang malam pagi petang ...aku men game je...x kire la esok exam kul 8 pg ke...kul 6 pg tu aku baru setel maen dota yg aku kire...kul 6 pg tu limit die la..wakaka...bangun kul 2 ptg....terus terusan ngadap laptop tgk ade server ke x...
huh..teruk kan...orang cakap..."eh x pk mase depan ke budak ni" x pon "gilo" haha.....nak buat mcm mane..da aku suke buat ape yg aku suke...ikot mood aku la..ckp tentang ape yang aku suke..aku suke gak la edit2 gamba ni...yg kat bawah2 ni gamba2 yg aku edit dan try create aku abik kat myspace aku...dalam laptop ilang suda..sbb hard disk rosak...kredit to myspace..huhu ..gamba2 ade gak la ciplak idea2 orang..wakaka..tp tu kire learn from the expert la kan..sbb aku kan noob...noob blaja,noob game,noob edit2 gamba noob ....aaaa bnyak la..haha...daaa~