KUALA LUMPUR - Memiliki kerjaya dan mampu menyara hidup dengan pendapatan bulanan ternyata tidak memadai bagi sesetengah wanita tempatan yang sanggup menjadi pelacur kelas atasan demi kemewahan.
Mengetepikan aspek moral dan agama, mereka ini bekerja secara sambilan dan hanya melayan pelangggan apabila ada masa terluang, namun apabila diberkas, ada yang mendakwa terperangkap dengan jerat sindiket.
Hakikatnya, kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan, sindiket itu tidak memaksa wanita terbabit memperdagangkan diri, tetapi hanya mempelawa dengan jaminan upah lumayan.
Mereka bergerak menerusi orang tengah atau 'ibu ayam' atau 'mami' yang akan mencari pelanggan untuk wanita terbabit. Ada mami ini sebenarnya rakan kepada wanita berkenaan, katanya kepada Bernama di sini.
"Ada wanita yang sudah biasa dengan aktivitinya ini selalunya akan memaklumkan sendiri kepada mami sekiranya mereka mempunyai waktu terluang," katanya.
Berdasarkan serbuan sebelum ini, Abdul Jalil berkata terdapat mami yang sebenarnya merupakan pengusaha salun kecantikan dan menjalankan kegiatan tidak bermoral itu secara sambilan.
"Lazimnya kalau seorang pelacur memperoleh RM450, mami akan dapat komisen RM200," katanya menambah berdasarkan siasatan, seorang pelacur mengenakan caj antara RM450 dan RM800 untuk menjadi teman berhibur selama empat jam, serta minimum RM1,500 untuk hubungan seks.
Kegiatan itu yang membabitkan wanita berusia dalam lingkungan 18 tahun dan 20-an dikesan di sekitar Lembah Klang, Johor Baharu serta Pulau Pinang dan bergerak secara eksklusif, membabitkan pelanggan elit dan profesional.
"Apa pun kegiatan ini masih boleh dikira dan ia masih terkawal. Kita sentiasa jalankan risikan, pemantauan termasuk operasi dan bekerjasama rapat dengan badan-badan bukan kerajaan bagi membantu wanita-wanita yang telah tersasar atau mempunyai masalah latar belakang seperti ini," katanya.
Mereka yang ditahan, sama ada terlibat atau menjadi ejen bagi kegiatan itu boleh disiasat mengikut Seksyen 372 (B) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan dan Seksyen 373 Kanun Keseksaan.
Statistik terkini D7 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menunjukkan 2,772 wanita tempatan ditangkap terbabit pelacuran tahun lepas, berbanding 1,801 pada 2011, iaitu peningkatan 54 peratus.
Sebanyak 42,788 serbuan dijalankan tahun lepas dengan serbuan tertinggi di Johor Baharu iaitu 8,749 serbuan berbanding 7,288 serbuan pada 2011. Ini diikuti Kuala Lumpur (8,620); Selangor (6,663) dan Perak (5,426).
Presiden Pertubuhan Sukarelawan Pembangunan Sosial, Pencegahan Jenayah dan Anti Dadah Kuala Lumpur (Pencegah), Jeevan S. Ramamurthy berkata kos sara hidup yang tinggi bukan lagi faktor utama kegiatan pelacuran dalam kalangan wanita terbabit kerana sebahagian mereka mempunyai kerjaya.
Bagaimanapun katanya ada sesetengah terbabit dalam kegiatan tidak bermoral itu kerana terpengaruh dengan ajakan kawan yang mempunyai kenalan lelaki kaya.
"Sekali mereka terjebak, timbul rasa suka dan faktor itu jugalah yang membuatkan mereka dengan rela hati untuk melayan termasuk melayan nafsu sendiri dan pelanggannya," katanya. - Bernama
Showing posts with label hari raya. Show all posts
Showing posts with label hari raya. Show all posts
Monday, January 21, 2013
Tuesday, January 8, 2013
TARIAN LUCAH DI MAJLIS POLIS
SHAH ALAM – Majlis tertutup untuk meraikan bakal pesara, pegawai dan anggota polis berpangkat rendah daerah ini yang akan bertukar dicemari insiden memalukan apabila tiga lelaki yang memakai pakaian dalam wanita melakukan aksi tarian separuh bogel Jumaat lalu.
Kejadian itu mengejutkan warga polis Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Shah Alam kerana difahamkan persembahan yang sepatutnya diadakan di sebuah hotel terkemuka di Selangor itu berbentuk tarian tradisional.
Bertemakan Majlis Malam Mesra, Sekalung Budi, Segunung Intan, majlis itu hanya dihadiri oleh anggota dan pegawai polis Shah Alam dengan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah daerah itu sebagai orang kenamaan.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, insiden itu telah mencetuskan kontroversi apabila gambar memalukan itu tersebar di laman sosial Facebook dan blog sehingga mendapat kritikan pelbagai pihak.
Katanya, siasatan mendapati, tarian separuh bogel itu bukan sahaja langsung tidak termasuk dalam aturcara majlis malah, ia tidak ditempah dan tidak diadakan ketika sesi raptai serta latihan.
“Tarian itu dipersembahkan secara tiba-tiba dan penari terbabit pula merupakan golongan lelaki yang memakai pakaian dalam wanita. Ia berlaku secara mengejut dan spontan tanpa izin penganjur.
“Kita sedang menyiasat mengapa dan bagaimana ia boleh berlaku dan siapa yang bertanggungjawab. Penganjur telah membuat aduan kepada pihak pengurusan hotel pada malam itu juga dan saya sedang membuat pertanyaan sulit mengenainya,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Tambahnya, majlis tertutup itu diadakan untuk meraikan bakal pesara, pegawai dan anggota polis pangkat rendah daerah ini yang akan bertukar tempat bertugas.
Menurut Zahedi, Polis Diraja Malaysia selama ini tidak pernah menganjurkan acara tidak bermoral seperti itu yang nyata bertentangan dengan agama Islam dan budaya pasukan keselamatan itu.
Tinjauan Kosmo! mendapati, gambar tersebut jelas memaparkan imej tiga individu memakai rambut panjang, seluar dalam dan coli sedang menari dalam aksi ghairah berlatarbelakangkan tulisan Majlis Malam Mesra, Sekalung Budi, Segunung Intan Polis Shah Alam.
Gambar tersebut menerima kecaman pelbagai pihak. Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah melalui akaun Facebook peribadinya melahirkan rasa terkejut melihat gambar itu.
Tun Hisan menyatakan polis tidak sesekali menyokong kemungkaran sebegitu dan akan menyiasat kejadian berkenaan.
Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...a&pg=ne_02.htm
Tuesday, January 1, 2013
Zarina Anjoulie miliki dadah ?
PETALING JAYA: Pelakon dan model seksi penuh kontrevesi, Zarina Anjoulie mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki dadah jenis eramin 5 seberat 0.6 gram, tiga hari lalu ketika dicekup dalam serbuan disebuah perumahan mewah disini.
Zarina Anjoulie, 26, bersama seorang lagi rakannya, pelajar kolej swasta, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 26, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah beralamat No C-3-10 Armanee Condo, Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, dekat sini pada pukul 5.30 petang, 30 Disember 2012. Serbuan dibuat atas laporan orang ramai.
Demikian, majistret Nazri Omran membenarkan kedua-dua tertuduh berkenaan diikat jamin masing-masing RM2,000 dengan seorang penjamin. Manakala sebutan kes ditetapkan pada 8 Februari ini.
Thursday, December 27, 2012
11 BUAH TEKSI YANG PALING COOL DI DUNIA
Banyak-banyak kereta,kereta apa yang tidak di panggil kereta?? ----> Teksi
Berikut adalah teksi-teksi yang cool dan owsem terdapat di luar negara. kat Malaysia ni kalau yang bole tengok Hyundai sonata or Nissan sentra la yang paling canggih.
Berikut adalah teksi-teksi yang cool dan owsem terdapat di luar negara. kat Malaysia ni kalau yang bole tengok Hyundai sonata or Nissan sentra la yang paling canggih.
Boleh memecut kira- kira 88 batu/jam. Mnegambil idea daripada kereta mesin masa BACK TO THE FUTURE .Hanya terdapat di New York City.
Perhatian: Dimiliki oleh fesyen designer dari LA (Bijan).Gambar ini ditangkap di luar butiknya.Warna Hitam dan Kuning adalah warna kegemarannya. So ini bukan teksi..warne je..haha
Yang mana satu anda pilih?
Siapalah yang berani membuat kereta-kereta rare sebegini menjadi teksi? ??
JAWAPANYA : Top Gear !
Bat mobile teksi!!!
Made in China loh!!
Teksi tak berapa nak Teksi....Teksi basikal ...Made in Spain
Di Shanghai, China.
Hummer der...Teksi dari Houston,Texas
Pink Teksi "Hanya untuk wanita"
Idea yang bernas daripada statistik purata 10 orang perempuan di ganggu di dalam teksi dalam sebulan.
Jarang-jarang dilihat.Beruang yang berwang
No komen. (-_-)
(sumber)
Wednesday, December 26, 2012
Thursday, November 22, 2012
JERSI HARIMAU MALAYA 2012/2013
Jenama pakaian sukan popular, Nike sekali lagi menjadi penaja dan pembekal rasmi jersi pasukan bola sepak Malaysia atau lebih dikenali dengan jolokan Harimau Malaya bagi tahun 2012 hingga 2013. Jersi baru pasukan Malaysia ini telah dilancarkan pada 12 November 2012 dan 8000 unit jersi replika akan mula dijual pada 15 November 2012 di Nike Store terpilih pada harga RM229.
Jersi ini akan digunakan oleh pasukan negara dalam kejohanan bola sepak Piala AFF Suzuki 2012 yang akan berlangsung bermula 24 November 2012 hingga 22 Disember 2012.
Sumber » Jersi Nike Malaysia 2012/13 | KFZoom
via hyperactivesmonkeys.blogspot.com
Friday, September 7, 2012
Gua Superman Yang Sebenar Dijumpai Di Mexico!!
Gua kristal yang super awesome ini adalah menyerupai "Ethereal Arctic Lair, The Fortress of Solitude" dalam movie Superman. Memang cool giler beb. Gua ni telah dijumpai oleh dua orang penggali bawah tanah yang mencari galian di Naica, Mexico.
Mereka secara tidak sengaja telah menjumpai gua bawah tanah ini yang dipenuhi oleh sejenis galian yang dikenali sebagai "gypsum" yang mengambil masa beribu-ribu tahun untuk terbentuk seperti yang di dalam gambar di bawah.
Pembentukan tiang-tiang ais mencecah sehingga 290 meter ini terhasil apabila air bawah tanah yang telah di "super-heated" menjadi sejuk dan membeku bersama Gypsum.Inilah dia salah satu ciptaan Tuhan yang Maha Esa.
p/s =
Amacam? Same tak macam dalam movie Superman???
Hebat... Memang hebat ciptaan Tuhan...
Saturday, January 29, 2011
Mahu cari figura seperti ini.
Kepada sesiapa yang pernah tengok atau perasan figura bleach ini dekat kedai mana-mana la terutama area Muar dan Melaka, Sila hubungi saya ASAP!~
Thursday, October 30, 2008
Jamuan raya
Ehem...ehem...aritu bl ntah...da x igt laa..fakulti aku ade buat jamuan raye untuk budak-budak BKC...bkc ni tuk bachelor of chemical engineering..b k....c ...tp k tu untuk ape ek...x de kene mengene kan...tp tu la name panjang die..sambung balik...emm...kire mase tu kene bangun pagi la tpakse...sbb da baya rm 10 ..nak pkai baju raye..igt nak pkai baju melayu yang aku bawak g smayang jumaat tu je..ngn jeans...tp melihat kan housmate aku yg riAng2 ni pakai baju macam ari raye btul2 (pe la dorg ni...pasal raye..bukan maen lagi..siap sampin...ngn songkok...ayaaii)....aku rase mcm sakai sgt la..sambil makan2 tu denga la kawan aku ni wat persembahan...die ni power gile maen gitar...x macm aku ni...noob je...haha...,tp aritu die goreng ade slek sket r..haha...jgn mara tp...kseluruhan bes la......jamuan ni...yg x bes nye...aku baya 10 ringgit..mkn nasi impit ngn kuah lodeh je...sbb x larat dowh...perut kecik..kawan aku pon same...tp berbaloi kot 10 ringgit tu...sbb dapat makan sesame kengkan...bukan senang...pakai baju lawa2...huish..huish...adoyai!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)