Showing posts with label coke. Show all posts
Showing posts with label coke. Show all posts

Tuesday, January 1, 2013

ROZAIMI 10 TERBAIK ASIA

Rozaimi Rahman (Malaysia dan Harimau Muda)

Rozaimi tampil mewakili Malaysia saat melawan Chelsea dan mampu menarik perhatian staf pelatih The Blues. Pemain berusia 20 tahun ini kemudianberjaya menyumbat 10 gol saat Piala Asia U-22. Menurut penilaian ESPN, Rozaimi adalah tipikal pemain lengkap yang menjadi tumpuan masa depan sepakbola Malaysia.
1. KAGAWA (JEPUN)
2.OMAR ABDUL RAHMAN (UAE)
3.KOO JA CHEOL (KOREA SELATAN)
4.LEE KEUN HO (KOREA SELATAN)
5.YUTO NAGAMOTO (JEPUN)
6.TEERASIL DANGDA (THAILAND)
7.AMJAD RADHI (IRAQ)
8.ALI AL HABSHI (OMAN)
9.BAMBANG PAMUNGKAS (INDONESIA)
Rozaimi Rahman (Malaysia dan Harimau Muda)
20.ROZAIMI (MALAYSIA)





Wednesday, December 19, 2012

Isu Semasa - Bukan Untuk Seks




RANGKA manusia yang ditemui di atas katil di rumah wanita itu.

STOCKHOLM: Seorang wanita berusia 37 tahun yang didakwa meyimpan bahagian rangka manusia di rumahnya agar dia dapat melakukan hubungan seks dengannya berkata, walaupun perbuatannya pelik tetapi dia tidak melakukan jenayah.

Wanita Sweden itu didakwa mencabuli ketenangan si mati selepas dia dituduh menggunakan 100 bahagian, termasuk enam tengkorak dan satu tulang belakang untuk memuaskan nafsunya.

Dia memberitahu akhbar Goeteborgsposten, dia tidak menggunakan rangka manusia untuk kepuasan seksual, tetapi dia berminat dengannya.

Bagaimanapun, dia mengakui berminat dengan nekrofilia, tetapi menafikan cenderung untuk melakukan seks dengan rangka manusia.

“Saya tahu ia pelik, tetapi rangka manusia adalah hobi saya.

“Saya berminat dalam perubatan forensik dan saya juga meminati osteologi. Saya mempunyai gambar orang mati. Saya tidak menafikan itu,” katanya. Wanita itu ditahan September lalu apabila polis dihubungi ke apartmennya selepas kedengaran bunyi tembakan pistol. Mereka menemui beberapa rangka manusia dan beberapa pisau. Polis Sweden kemudian mendedahkan gambar yang dirakam di apartmennya menunjukkan tengkorak manusia di atas katil, dalam beg dan dalam peti dingin beku miliknya.

Ia menjadi tajuk utama akhbar di seluruh dunia dan wanita itu percaya dia menjadi mangsa ketidakadilan. “Lebih ramai orang telah melihat wajah saya berbanding filem Batman,” katanya. - Agensi


Sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Bu...ukseks/Article

Monday, December 17, 2012

Mengenali kesebelasan utama Thailand




Walaupun menekankan bahawa dia mempunyai skuad yang kuat 22 pemain, jurulatih Thailand  Winfried Schafer telah mula memilih kesebelasan terbaik dalam tiga daripada lima perlawanan mereka setakat ini di Piala Suzuki AFF.

Kecederaan tunggak di bahagian tengah  Datsakorn Thonglao memaksa Schafer untuk membuat satu perubahan dan rombakkan untuk permainan pada peringkat kumpulan bertemu Myanmar yang dianggap penting dengan membawa Sumanya Purisay,akan tetapi juara tiga kali kembali pada kekuatan sepenuhnya di separuh akhir  apabila bertemu juara bertahan Malaysia.

Menjelang perlawanan Piala Suzuki AFF dengan Singapura, www.affsuzukicup.com membariskan bayangan kesebelasan utama yang bakal diturunkan nanti.


Thamsatchanan kawin,
kedudukan - penjaga gol,
kelab - Muangthong United,
umur 22,
nama samaran - Tong

Kawin, pelapis penjaga gol kebangsaan Thai selepas Sinthaweechai Hathairattanakool, walaupun dilindungi oleh 4 defender yang mantap,dia  telah menunjukkan bahawa dia berada pada  kelasnya yang tersendiri apabila berdepan dengan situasi satu lawan satu. Tindakkan refleks menyelamatkan tandukkan penyerang Malaysia, Safee Sali dalam minit akhir separuh akhir pertama memastikan Thailand kembali ke Bangkok dengan seri 1-1.


Buntao Piyaphon, 
Bed kanan,
Muangthong United, 
25, 
Dai,
Overlapping beliau dibahagian kanan telah banyak menimbukan masalah untuk pertahanan lawan walaupun hantaran lintangnya dilihat  sering tersasar. Akan tetapi, hantaran lintangnya semasa perlawanan separuh akhir pertama menentang Malaysia cukup cantik dan telah dapat disempurnakan oleh Teerasil Dangda untuk gol penyamaan 1-1.



Panupong Wongsa, 
Bed Tengah, 
Muangthong United, 
29, 
Mai 
Merupakan teraju utama di bahagian pertahanan, kapten Thailand  ini telah membuktikan bahawa dia adalah pemimpin azimat di atas padang dengan arahan yang  kerap kepada rakan sepasukan. Beliau telah bermain untuk 383 minit,  90 minit penuh dalam empat perlawanan dan termasuk sebagai pengganti semasa  menentang Vietnam.




Chonlatit Jantakam, 
Bed Tengah,
Chonburi, 
27, 
Chon,
Pertahanan yang tampak begitu serius apabila berada di padang.Berganding baik dengan Panupong untuk membentuk perisai mantap di depan Kawin. Secara jujurnya, sumbangannya amat besar di dalam pasukan.



Theerathon Bunmathan, 
Bed Kiri, 
Buriram Syarikat, 
22, 
Aum,
Theerathon Pemain yang telah dianugerahkan bakat yang besar ini adalah antara pemain yang diletakkan di dalam senarai yang perlu diperhatikan semasa berada di dalam padang. Beliau kerap melibatkan diri didalam serangan melalui hantaran-hantaran yang merbahaya dan sentiasa menjadi pilihan utama untuk mengambil sepakan dalam situasi bola mati.Diletakkan di bahagian tengah semasa menentang Malaysia dalam perlawanan separuh akhir kedua dan menyumbat gol kedua Thailand separuh akhir kedua menentang Malaysia.


Adul Lahso,
Defensive Midfielder,
Chonburi, 26,
Dul,
Berada di posisi pemain pertahan,Dul nampak gah dan selesa bermain di posisinya membuatkan penguasaan mutlak dibahagian tengah adalah milik mereka.Kerap merampas bola dari pasukan lawan.





Datsakorn Thonglao, 
Pemain tengah, 
Muangthong United, 
28, 
Ko,
Secara ringkasnya, pemain yang berbakat dan paling berpengaruh ini telah membawa pasukannya fokus kepada apa yang telah dirancangkan oleh jurulatih. Tidak beraksi semasa menentang Myanmar dan Vietnam ,prestasinya diukur semasa pertempuran separuh akhir dengan Malaysia. Jurulatih Winfried Schafer
meletakkanya sebagai center foward semasa menetang Malaysia dan mungkin akan di posisi yang sama di Final nanti.



Phichitphong Choeichiu,
Pemain tengah, 
Muangthong United, 
30, 
Pae,
Sama seperti Datsakorn, Phichitphong telah bersama pasukan selama 10 tahun, Beliau mempunyai pemahaman dan keserasian yang baik dengan rakan sepasukan kelabnya , mempunyai instinct untuk membuat hantaran yang menarik. Pada perlawanan separuh akhir pertama bertemu Malaysia, beliau telah digantikan oleh Apipoo Suntornpanavej pada separuh masa dan kembali di Bangkok.  Munkin akan berada di bangku simpanan semasa di pusingan akhir nanti.




Pornsai Jakkapan,
pemain tengah sebelah kanan, 
Muangthong United,
 25, 
Ball
Jakkapan,rambut perangnya sangat dikenali setaraf dengan bakat beliau . Beliau telah membuktikan kemampuannya sebelah kanan dengan hantaran cantik  dan kemahiran menggelecek.



Anucha Kitpongsri, 
pemain tengah sebelah kiri, 
Chonburi, 29,
Boy,
Beliau mengumumkan bahawa kemunculan beliau di Piala Suzuki AFF dengan matlamat yang besar dalam kemenangan pembukaan Thailand 2-1 ke atas Filipina, kemenangan yang telah mencerminkan kekuatan pasukan mereka untuk kempen kali ini. Boleh beraksi sebagai pemain tengah menyerang atau pertahanan, Anucha sering bertukar kedudukan dengan Theerathon dalam perlawanan separuh akhir kedua menentang Malaysia dan selalu melakukan hantaran satu dua serta larian yang pantas untuk mengucar-kacirkan pertahanan lawan.



Teerasil Dangda,
penyerang,
 Muangthong United,
24, Mui
Peganti kepada penyera yang amat bebisa pada satu ketika dulu, Piyapong Pue-on . Dia datang tersenarai untuk skuad Suzuki AFF selepas  menjaringkan 24 gol untuk 2012 Thai Premier League mewakili Muangthong United . Beliau menjaringkan hatrik dalam kemenangan 4-0 ke atas Myanmar, menjaringkan gol penyamaan ketika seri 1-1 dengan Malaysia dalam perlawanan separuh akhir pertama dengan tandukan cantik dan tenang .Terus menunjukkan ketajaman penyudahnya apabila  membantu kemenangan Thailand 2-0 ke atas juara bertahan Malaysia. Berada di kedudukan teratas selaku penjaring terbanyak AFF SUZUKI 2012 setakat ini dengan 5 gol mengatasi musuh mereka di Final nanti Shahril Ishak (Singapura)

Wednesday, November 28, 2012

Palestin,Israel dan kaitannya dengan Dajjal



Obama yang turut tunduk menyokong tindakkan Israel melancarkan serangan ke atas Gaza  Israel selepas memenangi pilihan raya di US 2012 menunjukkan kepada Dunia siapa yang sebenarnya kuasa terbesar dunia sekarang ini. Bermulanya era perpindahan kuasa besar dunia dari Britain ---> US ----> Israel (2012)


Muhammad 47:18 (Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya) maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya. Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka - apabila saat kiamat itu datang kepada mereka?



 




Al-Ankabut 29:41 Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan.


Kiranya upacara pembukaan ni sebenarnya ada maksud tersembunyi juga yakni menyatakan dunia bahawa Zionist dan Israel kini memerintah dunia - Dajjal dah pindah kuasa dari Britain ke USA waktu perang dunia 1 dan dari USA ke Israel 9-11 yang ni menandakan rasminya pengakhiran proses transfer of power ke Israel 

Pada hari sama US dan ISRAEL menandatangani Akta Kerjasama Keselamatan Lebih-baik


Berikut adalah kiraan berdasakan hadis berkenaan demensi dajjal dan demensi kita:


Hari pertama - 1 hari bersamaan setahun
Hari keduanya- 1 hari bersamaan  sebulan - 1000/12 bulan = 83.333 tahun
Hari ketiga- 1 bersamaan seminggu - 1000/52 minggu = 19.23 tahun

Oleh itu,

918 + 1000 = 918 hingga 1918 - Dajjal berpusat di Britain sejak bermula Zaman Wessex membentuk England hingga Perang Dunia 1

1918 + 83 = 1918 hingga 2001 - Dajjal berpusat di Amerika sejak pengurangan kuasa Britain, Dolar AS menggantikan emas sebagai tanda dagangan

2001 + 19 = 2001 hingga 2020 - Dajjal berpusat di Israel sejak tragedi Dagangan Dunia (11 Sep) dan Dolar AS mula merundum dan Amerika mula mencetus huru-hara di Timur Tengah bagi mencetus sebab Israel boleh menggunakan nuklearnya.

2020 ADAKAH DAJJAL MUNCUL?! ALLAH JE YANG TAHU BILA SECARA TEPAT!



Dajjal pula akan muncul 7 tahun selepas Imam Mahdi muncul... pada musim Haji ketika berlaku perebutan kuasa pemerintahan tanah Hejaz... sebab tu kalau korang perasan, satu demi satu Putera Mahkota Arab Saudi mati... bayangkan ini MUNGKIN berlaku bila Raja mati tanpa sempat menamakan Putera Mahkota yang mati sebelum dia.
Sumber : jutawan-forum.blogspot