Wednesday, January 30, 2013

TIPS BIJAK MENGGUNAKAN KAD KREDIT


Aku pengguna kad kredit dan pernah berhutang sampai RM5000 dengan bayaran minimum RM 2++ setiap bulan .Macam shit nak habiskan hutang tu.Ianya sesuatu yang tak perlu untuk kita bayar satiap bulan.Banyak benda boleh dibuat dengan RM 2++ tu kan ? pergi karok pon boleh 10 kali bro.

Sebenanya ade bagusnya guna kad kreadit ni. Antaranya kita tak payahlah nak bawak cash money dan boleh dapat beli barang sebelum gaji bulan depan kita masuk (emergency case ) .Selain tu kad kredit ni gak ada treat point yang banyak benefit jika ditebus =) macam kad kredit yang aku guna 10,000 treats points bersamaan RM50 lebih kurang dan aku pernah tebus dengan membeli kamera harga RM 599 dengan hanya penambahan RM 48 sahaja.Jimat bukan? 

Berikut adalah tips yang berguna untuk korang pakai sebelum menggunakan atau apply kad kredit dari AKPK:




Buat perbandingan terlebih dahulu untuk mendapatkan 
kad kredit terbaik. Carilah kad yang memberi 
pengecualian yuran penyertaan dan yuran tahunan
•  Hadkan bilangan kad kredit berdasarkan keperluan 
dan kemampuan pembayaran anda (disarankan 
maksimum 2 kad sahaja)


•  Membeli secara online hanya di laman web yang 
dipercayai sahaja




• Bayar sebelum tarikh akhir pembayaran untuk 
mengelakkan daripada dikenakan caj bayaran lewat 
atau penalti



•  Untuk mengelak daripada dikenakan faedah, bayar 
baki belum jelas sepenuhnya apabila anda menerima 
penyata bulanan. Berwaspada tentang akibat hanya 
membayar jumlah minimum


•  Jika anda menghadapi masalah aliran tunai, bayar 
jumlah minimum terlebih dahulu dan berusaha untuk 
menjelaskan bayaran sepenuhnya secepat mungkin

•  Elak menggunakan kad kredit jika anda tidak mampu 
membayar bayaran minimum bulanan

• Jangan menggunakan kad kredit untuk mendapat 
pendahuluan wang tunai daripada ATM. Ingat, setiap 
kali anda menggunakan kad kredit untuk mengeluarkan 
wang tunai, anda meningkatkan komitmen pinjaman 
di samping dikenakan yuran pendahuluan wang tunai 
dan faedah harian


•  Sentiasa periksa penyata bulanan kad kredit untuk 
memastikan setiap urus niaga dan caj yang dikenakan 
adalah betul. Penyata ini menunjukkan semua butiran 
urus niaga, termasuk yuran dan caj, tarikh akhir 
pembayaran perlu dijelaskan dan bayaran minimum. 
Hubungi pengeluar kad kredit sekiranya terdapat 
kesilapan pada penyata atau anda masih belum 
menerima penyata


Ingat! bijak mengguna menang memakai bro. kalau tak pandai guna alamatnya takut diistihar muflis plak..nauzubillah. 




No comments: