Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan media seperti berikut pada 5 Januari 2013 :-
KENYATAAN AKHBAR
SETIAUSAHA
MAJLIS KESELAMATAN NEGARA
JABATAN PERDANA MENTERI
AMARAN HUJAN LEBAT DAN ANGIN KENCANG
5 Januari 2013
1. Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) menjangkakan hujan lebat akan berlaku di antara 7 hingga 9 Januari 2013 di negeri-negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang ekoran daripada angin kencang dan laut bergelora yang sedang berlaku di Laut China Selatan. Keadaan hujan lebat dijangka akan berlaku yang mana boleh menyebabkan risiko berlakunya episod banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah. Keadaan laut juga dijangka bergelora dan situasi ini akan menyebabkan keadaan bahaya di laut dan persisiran pantai.
2. Sehubungan itu orang ramai terutamanya nelayan adalah dinasihatkan supaya tidak melakukan aktiviti di laut dan lain-lain aktiviti di kawasan persisiran pantai.
3. Orang awam terutamanya yang tinggal di kawasan-kawasan yang sentiasa dilanda banjir perlu berwaspada dengan amaran keadaan hujan lebat ini dan dinasihatkan membuat persediaan awal bagi menghadapi kemungkinan berlakunya banjir. Sekiranya diminta oleh pihak berkuasa untuk berpindah, orang ramai dinasihati untuk mematuhi arahan dan tidak menunggu di saat-saat akhir kerana ia boleh mengundang kejadian yang tidak diingini berlaku. Adalah dinasihati juga supaya orang ramai dapat membawa bersama dokumen-dokumen penting dan keperluan asas peribadi semasa berada di pusat pemindahan.
4. Bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku, orang ramai juga dinasihatkan supaya mengambil langkah-langkah keselamatan sewajarnya semasa kejadian banjir.
5. Agensi-agensi Kerajaan yang terlibat di dalam pengurusan bencana telah membuat persiapan dan diletakkan di dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya kejadian banjir.
6. Maklumat terkini mengenai keadaan cuaca dan situasi semasa boleh diperolehi di laman sesawang http://www.met.gov.my dan http://portalbanjir.mkn.gov.my.
*******************
Menurut Portal dungun.net pusat ramalan cuaca meramalkan Sonamu akan turun ke selatan laut China Selatan apabila ia sudah hampir dengan Malaysia. Walaupun Sonamu dijangka tidak akan menjejaki tanah air , Sonamu tetap akan membawa hujan lebat kerana sekarang ini ia bergerak dalam kelajuan 60-100km/h .
- Kepada penduduk yang berada di kawasan berisiko untuk dilanda ribut ini, anda dinasihatkan berhati hati .
- Jauhi kawasan pantai dan pastikan anak anak dan keluarga anda berada dalam keadaan selamat .
- Sila dapatkan maklumat lanjut dari laman web berkaitan dan alert dengan amaran dari pihak berkuasa
- Maklumat terkini pergerakan Ribut Tropika SONAMU boleh dirujuk di laman berikut :http://www.tropicalstormrisk.com/
**UPDATED PERGERAKAN RIBUT TROPIKA SONAMU (SUMBER)
Di keluarkan pada 08:52PM (06 Januari 2013)
Peringkat : Ribut Tropika (SONAMU).
Masa Pencerapan : 8:00 malam, 6 Januari 2013.
Kedudukan :
Latitud 7.5 Utara; Longitud 109.3 Timur; kira-kira 472 km ke Tenggara Ho Chi Minh City, Vietnam.
Pergerakan : Ke arah Barat dengan perlahan.
Jarak dari Bandar terdekat : Kira-kira 718 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu.
** dan berikut adalah artikel berkaitan yang dikeluarkan oleh NASA. Klik pada link dibawah :
sumber :
http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1328&Itemid=565&lang=malay
http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1325&Itemid=564
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151232969316705&set=a.10150189480261705.305815.671456704&type=1&theater
http://media.penerangan.gov.my/e-press/cetak-sm.asp?data_dtl_oid=76895&data_type=Siaran+Media&state=WP+Kuala+Lumpur
http://www.trust.org/alertnet/news/tropical-storm-sonamu-is-forecast-to-strike-malaysia-at-about-0000-gmt-on-8-january/
http://dungun.net/2013/01/tropical-storm-sonamu-sudah-makin-dekat-dengan-terengganu/
fb Malaysian Meteorological Department: http://www.facebook.com/malaysiamet?ref=stream
No comments:
Post a Comment