Anak gajah pigmy yang lebih kecil bebanding saiz gajah yang standard.
Gajah Kerdil Borneo (Borneo Pygmy Elephant) atau juga dikenali sebagai Gajah Kalimantan di Indonesia, merupakan satu spesies gajah yang dijumpai pada Oktober 2003 telah disahkan sebagai spesies gajah baru. Penyelidikan oleh Universiti Colombia menunjukkan DNA gajah kerdil Borneo itu mempunyai persamaan genetik dengan kelompok asal tanah besar Asia dan Sumatera, dan oleh itu merupakan subspesies gajah Asia. Gajah ini boleh didapati di timur Sabah dan utara Kalimantan.
Perbezaan gajah pigmy dan gajah biasa
Gajah pigmi Borneo yang berusia enam bulan mempunyai ketinggian 1.5 meter, sementara gajah dewasa yang berusia lima tahun berukuran 2.4 meter. Mempunyai berat kurang dari 2 tan dan jangka hayat selama 70 tahun. Ia hidup secara berkumpulan dan selalunya terdapat berhampiran sungai Kinabatangan, kerana ia sensitif kepada kepanasan. Terdapat empat kumpulan besar yang dikenal pasti iaitu:-
- Hilir Kinabatangan 110 ekor.
- Hulu Kinabatangan berhampiran sempadan Kalimantan 900 ekor.
- Rizap Hidupan Liar Tabin 300 ekor.
- Hulu Kaluntang 100 ekor.
- Pedalaman Kabupaten Nunukan 400 ekor.
No comments:
Post a Comment