Sunday, December 16, 2012

Friendster tambah ciri sosial



LAMAN Sosial, Friendster menawarkan tambahan ciri baru bagi memudahkan pengguna mencari kawan, mahu pun pasangan menerusi 'Friendster Finder'.


Peningkatan ciri baru itu dilengkapi fungsi profil yang membolehkan pengguna baru dan sedia ada menambah maklumat peribadi seperti umur, jantina, lokasi serta gambar profil selain Friendster Finder.


Laman utama profil juga dipertingkatkan dengan mengemas kini lebih banyak aktiviti seperti perubahan status rakan baru dan hubungan sosial.


Pengguna kini boleh menghantar komen atau berkongsi gambar dan video.


Dilancarkan semula pada Mei lalu, Friendster sentiasa menambah baik dan melaksanakan kandungan baru dengan pelbagai pilihan permainan percuma dalam talian daripada lapan genre yang berbeza.






sumber:http://www.sinarharian.com.my/bisnes...osial-1.112917

No comments: