Wednesday, February 4, 2015

PERSONAL LOAN

PANDUAN membuat loan peribadi ini adalah secara umum sahaja. Seperti yang diketahui, lain bank atau intitusi kewangan maka lain pula prosedur dan keperluannya. Ada permohonan yang boleh dibuat secara online dan ada yang perlu hadir ke cawangan bank. Walaubagaimana pun secara asasnya akan saya kongsikan di sini. Sebelum itu, saya harus nyatakan di sini bahawa panduan ini tidaklah tepat 100% akibat perbezaan keperluan setiap intitusi kewangan atau koperasi.

Ada orang memanggilnya loan peribadi, ada pula pinjaman peribadi sementara yang lain lebih gemar menyebut pembiayaan peribadi. Ia perkara yang sama sebenarnya.
Kenapa orang membuat loan jenis ini? Pada kebiasanya, loan peribadi digunakan oleh individu bagi memenuhi keperluan kewangan persendirian. Misalnya digunakan untuk membaiki kenderaan, membeli barangan kelengkapan rumah, membina rumah, kos perkahwinan dan lain-lain. Loan jenis ini mengenakan kadar faedah yang lebih tinggi disebabkan pihak bank memberikan pinjaman kepada anda tanpa sebarang cagaran.
Kakitangan kerajaan dan swasta yang mempunyai penyata gaji (slip pendapatan) bulanan adalah layak memohon pinjaman jenis ini. Ok.. Cukuplah dengan pengenalan. Kita terus ke langkah-langkah yang perlu.
Untuk membuat loan peribadi, anda perlu membawa dokumen asal beserta salinan untuk perkara berikut:
- Borang permohonan loan
– Surat Pengesahan Jawatan
– 1 Penyata Gaji Asal (asal) yang terkini
– 2 Salinan Penyata Gaji untuk 3 bulan yang terkini
– 2 Salinan Kad Pengenalan
– 2 Salinan Muka Depan Buku Bank/ Penyata Bank
– Penyata Penyelesaian Awal untuk tempoh 1 bulan (jika overlap)
*Pastikan semua dokumen yang perlu sudah ditandatangani oleh anda dan majikan anda. Salinan-salinan hendaklah disahkan oleh majikan/ketua jabatan anda.
Untuk kemudahan anda mengira kelayakan masing-masing, berikut saya kongsikan sifir pengiraan kelayakan loan peribadi.
Kelayakan Loan Peribadi = [Gaji kasar x 60%] – Potongan Tetap
Contoh pengiraan berdasarkan situasi diberi:

                        
Katakan Encik A ingin membuat loan peribadi. Gaji kasar bulanan beliau ialah RM2 957 dan pada masa ini beliau mempunyai gadaijanji rumah dengan potongan sebanyak RM500 sebulan di bank lain. Kelayakan loan peribadi beliau adalah..
[(Gaji Kasar) RM2 957 x 60% = RM1 774.20] – (Gadaijanji Rumah) RM 500
RM1 774.20 – RM 500 = RM1 274.20
Jadi kelayakan untuk Encik A membuat loan peribadi pada ketika ini adalah sebanyak RM1 274.20.
Harus diingat, sebagai seorang pengurus kewangan peribadi yang bijak kita hendaklah memikirkan dahulu sedalam-dalamnya apakah keperluan membuat loan peribadi tersebut. Sekiranya boleh dielakkan, nasihat saya adalah 10 kali lebih molek anda elakkan. Itu adalah antara langkah terbaik yang pernah anda ambil sebenarnya. Jika memeng keperluan untuk membuat loan memang mendesak, ambillah tapi pada kadar yang mampu anda tanggung risikonya. Jangan meminjam sehingga tahap maksimum. Banyak lagi kegunaan lain wang gaji anda itu yang belum diketahui pada masa akan datang.

Monday, February 2, 2015

BRIM 2015

Perbualan dua orang rakan:


A: Weh.. apesal BRIM aku tak masuk lagi nih?
B: Aku pon same! kau semak online dia kata apa?
A: Dia kata sudah diterima. Maknanya sudah luluslah kan?
B: Belajar tinggi-tinggi.. Tu baru diterima belum lagi proses,then kalau dia stated kat situ diluluskan barulah bermakna BRIM kau diterima. paham??
A:Ooooo.... manelah aku tahu ... lain kali stated la makna status-status tersebut. rambut sama hitam tapi otak lain-lain fikirnya.
B: Otak kau tu yang lain macam aku tengok!! sabar-sabar.


Rakyat marhaen punya perbualan. mengharapkankan BRIM tiap-tiap tahun.Sudah macam dadah..membuat rakyat ketagih .

sekadar renungan

Wednesday, May 14, 2014

TUNGGANG TERBALIK

My life turn to 360  degree after married. Tak ada masa nak update blog. Huhu.

Thursday, October 3, 2013

LAPORAN AUDIT NEGARA



Email
Senjata Api PDRM
Laporan Ketua Audit Negara 2012 : Biasanya kita sudah sedia maklum yang mana PDRM sering berkhidmat kepada sesiapa sahaja baik keselamatan orang ramai mahupun harta benda yang ada. Tetapi hari berdasarkan semakan Berita Semasa terhadap Laporan Ketua Audit Negara yang telah mula dikeuarkan menunjukkan….

 Laporan Ketua Audit Negara 2012 : PDRM

  • Polis Diraja Malaysia (PDRM) kehilangan aset bernilai RM1.33 juta, bermula 2010 hingga 2013.
  • PDRM kehilangan 309 unit aset meliputi gari, senjata api dan kenderaan.
  • Berdasarkan statistik oleh Bahagian Pengurusan Aset, Jabatan Logistik PDRM, aset yang paling banyak hilang adalah 156 unit gari, diikuti 44 unit senjata api dan 29 buah kenderaan 
  • Punca kehilangan adalah disebabkan pengurusan aset yang yang tidak teratur dan bersistematik boleh menyebabkan berlakunya kehilangan aset terutamanya senjata api dan gari yang boleh mengancam keselamatan awam
Senjata api dan kenderaan boleh hilang? Pelik bin ajaib? Hilang di mana? Apa kesudahan siasatan kehilangan tersebut? Siapa yang bertanggungjawab?
RM1.33 Juta jikalau dibahagikan peruntukkan kepada golongan bawahan, banyak manfaatnya. Diharapkan sesiapa yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan untuk hukuman yang sewajarnya supaya dana besar RM1.33 juta wang rakyat tidak dibzairkan begitu sahaja. Apa kata anda pula?

Thursday, September 26, 2013

ENJIN ALUMINIUM PERODUA




PETALING JAYA – Perodua merancang memperkenalkan enjin aluminium pada modelnya selepas ini untuk dilancarkan pada suku ketiga tahun lepas.

Presiden dan ketua pegawai eksekutif Datuk Aminar Rashid Salleh berkata enjin itu akan dikeluarkan di kilang RM1.3 bilion yang dijangka siap pada suku ketiga tahun depan.

“Kami akan menukar enjin daripada besi tuangan kepada aluminium untuk meningkatkan lagi enjin pembakaran dalaman,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan “Revive Your Drive” di sini hari ini.

Aminar Rashid berkata selain memberikan penggunaan bahan api yang lebih cekap, pertukaran kepada enjin aluminium akan mengurangkan kos pembuatan, sejajar dengan sasaran syarikat untuk mengurangkan kos antara 20 peratus dan 30 peratus menjelang 2015.

“Untuk menjadi kompetitif, kami menyasarkan untuk mengurangkan kos antara 20 dan 30 peratus dan penukaran enjin adalah antara komponennya (untuk mengurangkan kos),” kata beliau.

Mengenai jualan, Aminar Rashid berkata syarikat itu menjual hampir 130,000 kereta daripada Januari hingga Ogos, hingga 3.5 peratus, berbanding tempoh yang sama tahun lepas, kebanyakannya disumbangkan oleh jualan kenderaan pelbagai fungsi Midi.

“Kami berjaya menjual 8,000-9,000 unit Midi sebulan. Permintaan untuk Midi terus kukuh,” katanya.

Sementara itu, bagi pertandingan “Revive Your Drive”, 24 pemenang dipilih daripada 15,000 penyertaan sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-20 syarikat itu. – BERNAMA