Showing posts with label haiwan pelik. Show all posts
Showing posts with label haiwan pelik. Show all posts

Sunday, January 6, 2013

Ribut Tropika Sonamu di Pantai Timur




Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan media seperti berikut pada 5 Januari 2013 :-
KENYATAAN AKHBAR
SETIAUSAHA
MAJLIS KESELAMATAN NEGARA
JABATAN PERDANA MENTERI
AMARAN HUJAN LEBAT DAN ANGIN KENCANG
5 Januari 2013
1.      Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) menjangkakan hujan lebat akan berlaku di antara 7 hingga 9 Januari 2013 di negeri-negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang ekoran daripada angin kencang dan laut bergelora yang sedang berlaku di Laut China Selatan. Keadaan hujan lebat dijangka akan berlaku yang mana boleh menyebabkan risiko berlakunya episod banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah. Keadaan laut juga dijangka bergelora dan situasi ini akan menyebabkan keadaan bahaya di laut dan persisiran pantai.
2. Sehubungan itu orang ramai terutamanya nelayan adalah dinasihatkan supaya tidak melakukan aktiviti di laut dan lain-lain aktiviti di kawasan persisiran pantai.
3. Orang awam terutamanya yang tinggal di kawasan-kawasan yang sentiasa dilanda banjir perlu berwaspada dengan amaran keadaan hujan lebat ini dan dinasihatkan membuat persediaan awal bagi menghadapi kemungkinan berlakunya banjir. Sekiranya diminta oleh pihak berkuasa untuk berpindah, orang ramai dinasihati untuk mematuhi arahan dan tidak menunggu di saat-saat akhir kerana ia boleh mengundang kejadian yang tidak diingini berlaku. Adalah dinasihati juga supaya orang ramai dapat membawa bersama dokumen-dokumen penting dan keperluan asas peribadi semasa berada di pusat pemindahan.
4. Bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku, orang ramai juga dinasihatkan supaya mengambil langkah-langkah keselamatan sewajarnya semasa kejadian banjir.
5. Agensi-agensi Kerajaan yang terlibat di dalam pengurusan bencana telah membuat persiapan dan diletakkan di dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya kejadian banjir.
6. Maklumat terkini mengenai keadaan cuaca dan situasi semasa boleh diperolehi di laman sesawang http://www.met.gov.my dan http://portalbanjir.mkn.gov.my.
*******************

Menurut Portal dungun.net  pusat ramalan cuaca meramalkan Sonamu akan turun ke selatan laut China Selatan apabila ia sudah hampir dengan Malaysia. Walaupun Sonamu dijangka tidak akan menjejaki tanah air , Sonamu tetap akan membawa hujan lebat kerana sekarang ini ia bergerak dalam kelajuan 60-100km/h .


  1. Kepada penduduk yang berada di kawasan berisiko untuk dilanda ribut ini, anda dinasihatkan berhati hati .
  2. Jauhi kawasan pantai dan pastikan anak anak dan keluarga anda berada dalam keadaan selamat .
  3. Sila dapatkan maklumat lanjut dari laman web berkaitan dan alert dengan amaran dari pihak berkuasa
  4. Maklumat terkini pergerakan Ribut Tropika SONAMU boleh dirujuk di laman berikut :http://www.tropicalstormrisk.com/ 

**UPDATED PERGERAKAN RIBUT TROPIKA SONAMU (SUMBER)

Nasihat Ribut Tropika.
Di keluarkan pada 08:52PM (06 Januari 2013)
Peringkat : Ribut Tropika (SONAMU).
Masa Pencerapan : 8:00 malam, 6 Januari 2013.
Kedudukan :
Latitud 7.5 Utara; Longitud 109.3 Timur; kira-kira 472 km ke Tenggara Ho Chi Minh City, Vietnam.
Pergerakan : Ke arah Barat dengan perlahan.
Jarak dari Bandar terdekat : Kira-kira 718 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu.
** dan berikut adalah artikel berkaitan yang dikeluarkan oleh NASA. Klik pada link dibawah :


sumber :

http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1328&Itemid=565&lang=malay
http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1325&Itemid=564
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151232969316705&set=a.10150189480261705.305815.671456704&type=1&theater
http://media.penerangan.gov.my/e-press/cetak-sm.asp?data_dtl_oid=76895&data_type=Siaran+Media&state=WP+Kuala+Lumpur
http://www.trust.org/alertnet/news/tropical-storm-sonamu-is-forecast-to-strike-malaysia-at-about-0000-gmt-on-8-january/
http://dungun.net/2013/01/tropical-storm-sonamu-sudah-makin-dekat-dengan-terengganu/
fb Malaysian Meteorological Department: http://www.facebook.com/malaysiamet?ref=stream

Sunday, December 23, 2012

Awie buka kelab malam?




Ketika ini, di beberapa laman portal sedang sibuk memperkatakan mengenai penyanyi rock negara, Awie telah membuka kelab malam di Ipoh.
Menurut laman berkenaan, kelab malam milik Awie itu dikenali dengan nama Malai Rock Station Bistro.
Apa yang menjadi tanya, jika benarlah ia milik penyanyi itu, maka tidakkah ia akan menjejaskan reputasi Awie sebagai seorang penyanyi yang beragama Islam?
Mana tidaknya, bila kita sebut saja kelab malam, ia pasti dikaitan dengan banyak isu tidak bermoral seperti minuman keras dan gadis-gadis seksi.
Malah, menerusi beberapa keping gambar di bawah ini, ia sudah menjelaskan segalanya.
Namun, sejauh mana kebenaran mengenai isu ini hanya Awie saja yang tahu.
Diharapkan kelab ini bukan milik Awie. Atau bukan milik sesiapa pun yang beragama Islam.
Sebenarnya tidak ada salahnya jika ingin membuka perniagaan, tetapi biarlah di jalan yang betul.
Gunakanlah rezeki itu di jalan yang betul dan bukan ke arah kebinasaan.
(Surah Al-Baqarah, Ayat 195)
Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.
(Surah Al-Jumuah, Ayat 10)
Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan cari apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah serta ingatkan akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat.
(Surah Al-Imran, Ayat 104)
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.

source :media malaya.com

Singapore,Thailand and Malaysia,Vietnam Rise Up Rangkings




AFF Suzuki Cup finalists Thailand and Singapore have both jumped up the FIFA World Ranking after their performances in the region’s leading tournament. 

Thailand improved 16 places to 136th spot with Singapore climbing nine spots to 154th in the latest ranking.

In all, Thailand received 233 points for their AFF Suzuki Cup build up victories over Malaysia, Bhutan and Bangladesh, their Group A wins over the Philippines, Myanmar and Vietnam and the 1-1 semi-final draw and subsequent 2-0 triumph over defending champions Malaysia.

Singapore were credited with 146 points for their friendly win over Pakistan, Group B victories over Malaysia and Laos and the 0-0 draw and 1-0 win over the Philippines in the semi-finals.

The Lions 3-1 triumph over Thailand in the first leg of the AFF Suzuki Cup final on Wednesday came too late to be included in this month’s FIFA World Ranking which were issued on December 19.

Beaten semi-finalists the Philippines dropped four spots to 147th though Malaysia improved five spots to 158th.

Despite failing to qualify for the knock-out stages of the AFF Suzuki Cup, Vietnam remain the top-ranked team in the Asean region in 131st spot, a rise of seven places from last month.

Source : http://www.affsuzukicup.com/news/finalists-rise-up-world-rankings

Wednesday, December 19, 2012

Ikan Air Tawar Boleh 'Berjalan' Ditemui Di Vietnam




IKAN kecil yang berukuran antara 15 milimeter (mm) hingga 20mm ditemui di Surat Thani, selatan Thailand baru-baru ini.Kui kui kui...HANOI - Beberapa saintis mengenal pasti sebanyak 129 spesies baharu di kawasan Mekong Besar termasuk ikan air tawar seperti keli yang boleh 'berjalan' di darat, kata Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) semalam.Maklumat tersebut terdapat di dalam laporan baharu WWF yang memperincikan penemuan pada 2011 itu.Kawasan Mekong Besar merangkumi sebahagian Thailand, Kemboja, Myanmar, Vietnam, Laos dan wilayah Yunnan di selatan China.Ikan air tawar itu hidup di beberapa batang sungai di Pulau Phu Quoc, dekat Delta Mekong, dalam wilayah Kien Giang di Vietnam.Dikenali dengan nama saintifik, Clarias gracilentus, spesies itu mempunyai kebolehan menggunakan sirip-siripnya untuk berdiri tegak dengan haiwan tersebut menggoyang-goyangkan badannya untuk bergerak ke hadapan seperti seekor ular.Antara spesies baharu yang unik di kawasan berkenaan termasuk ikan terkecil baharu yang berukuran antara 15 milimeter (mm) hingga 20mm panjang dan katak yang boleh 'menyanyi' di utara Vietnam. Ikan kecil itu ditemui di Surat Thani, selatan Thailand. - Agensi
Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...a&pg=du_03.htm

Tuesday, December 18, 2012

Bandar kecil Sweden bakal miliki lapangan terbang angkasa lepas




GAMBAR lakaran artis menunjukkan sebuah lapangan terbang untuk penerbangan ke angkasa lepas di Kiruna.


KIRUNA, Sweden - Bandar kecil di utara negara ini merancang untuk menawarkan penerbangan angkasa lepas komersial dalam tempoh sedekad lagi.


Terletak di kawasan artik, Kiruna dilengkapi sebuah lapangan terbang antarabangsa dengan penerbangan tetap ke London dan Tokyo.


Penerbangan angkasa lepas itu akan dikendalikan oleh syarikat tempatan, Spaceport Sweden dari lapangan antarabangsa di sini.


"Kami sedang berusaha untuk mewujudkan penerbangan komersial dari Sweden bagi tujuan pelancongan dan penyelidikan dengan membina tempat berlepas di lapangan terbang tersebut," kata Pengarah Spaceport, Karin Nilsdotter.


Perancangan itu melibatkan sekumpulan pelancong yang akan terbang selama dua jam ke angkasa lepas dengan menaiki sebuah kapal angkasa yang masih diuji.


Kapal angkasa tersebut boleh membawa sehingga enam orang penumpang.


Penerbangan itu akan menghantar para penumpang sejauh 100 kilometer dari Bumi untuk membolehkan mereka memperoleh pengalaman berada dalam keadaan graviti sifar selama lima minit. - AFP




sumber:http://cerita2pelik.blogspot.com/201...al-miliki.html

Sunday, November 25, 2012

Kedudukan Ranking Terkini AFF SUZUKI CUP 2012


                        



Source : AFF SUZUKI 2012 OFFICIAL PAGE

Thursday, November 22, 2012

Paranormal 10 Misteri Yang Gagal Diselsaikan FBI part 1

FBI atau lebih dikenali sebagai Federal Bureau of Investigation merupakan badan penyiasan bertaraf antarabangsa. Mereka juga mempunyai masalah dalam menyelesaikan beberapa kes sehingga dianggap sebagai kes misteri.


10 Misteri Yang Gagal Diselsaikan FBI | Ada banyak kejadian aneh dan misteri yang tak dapat dijelaskan dengan akal normal. Secara ilmiah sukar dihuraikan, mungkin melalui kejadian supranatural. Artikel ini bukan bermaksud membahaskan kejadian pelik tersebut, tapi kejadian-kejadian ini benar-benar terjadi dan sampai sekarang tidak mampu dijelaskan sebabnya. Bahkan FBI juga telah angkat tangan untuk menyiasat tentang kes-kes tersebut.
Berikut 10 kejadian aneh dan misteri dari berbagai pelusuk dunia, perkara aneh yang terjadi di dunia :
1. Rumah Hantu The Amityville

Amityvillecover.jpg

Anda pernah menonton filem horror Amityville House? Tahukah Filem yang diangkat dari novel horror karangan George dan Kathy Lutz, begitu menyeramkan ketika ditayangkan di pawagam.
Tapi tahukah anda bahawa sebenarnya semua kejadian horror itu adalah kisah benar. George dan Kathy menulisnya dalam novel berdasarkan kejadian sebenarnya yang kemudian diangkat ke pawagam. Orang percaya penulis sebenarnya adalah orang yang mengalami kejadian tersebut.
Kisah rumah berhantu itu berlaku pada tahun 1975 ketika pasangan suami isteri pindah ke sebuah rumah di Amityville, New York. Pasangan baru pindah ini tidak tahu bahawa rumah itu pada 13 tahun sebelumnya pernah terjadi peristiwa mengerikan. Anak lelaki pemilik rumah telah menembak mati semua keluarganya yang berjumlah enam orang. Semasa ditangkap, dia mengaku, membunuh kerana arahan suara yang bermain-main di kepalanya.
Tapi anehnya, keenam korban di temui tertelungkup di tempat tidur mereka. Mereka nampak tidur seperti biasa, tidak ada tanda bahawa mereka sebelumnya minum ubat penenang. Ini memang menjadi misteri yang aneh. Sementara pelaku Ronald DeFeo disumbatkan ke penjara di New York dan terpenjara di sana sehingga mati.
Berbalik kepada keluarga baru pindah ke rumah horror itu. Selama 28 hari di sana, banyak kejadian misteri dan mengerikan dialami pasangan ini. Bukan hanya bau busuk yg tiba-tiba datang, atau suara ketukan yang bising, tapi juga serangan fizikal yang tidak diketahui siapa pelakunya.
Malah salah seorang anggota keluarga melihat nampak lembaga menyeramkan dengan mata merah bersinar. Kathy menemui sebuah ruang kecil, anjing tidak mahu dekat ke sana. Ada apakah?
Sumber : Melayu kini.net

KARNIVAL MAHA 2012




MAHA 2012 header

Siri MAHA Ekspo dwitahunan adalah pamera pertanian terkemuka di Malaysia. Dianjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, ia pasti adalah antara acara terbesar dan paling menyeluruh seumpamanya di rantau ini. MAHA International 2012 dijangka lebih hebat dari MAHA Antarabangsa 2010. Satu kemestian bagi semua pihak berkepentingan industri! ianya pameran berteraskan teknologi dan aktiviti .Satu gabungan pameran daripada pengeluar terbaik Malaysia, petani, nelayan dan buruh pertanian.





                       

Jom ramai-ramai!


Source :http://www.maha.gov.my/2012/

Gunung Pagar Syurga

Heaven’s Gate Mountain atau dalam bahasa melayu bermaksud Gunung Pagar Syurga terletak di Kota Zhangjiajie, China. Pelancong boleh mendaki dengan 999 langkah yang meletihkan untuk sampai ke pintu syurga tersebut. Tebing pada gunung ini runtuh beberapa tahun lalu sehingga meninggalkan kesan lubang yang lebih besar dengan ketinggian lebih 400 kaki.









Monday, September 10, 2012

Perkampungan hyperUnik Berusia 700 Tahun Di Iran


ikatakan kawasan perkampungan yang unik ini sudah berusia lebih dari 700 tahun. Ia terletak di sebuah daerah pedalaman bukit-bukau di Iran. Yang membuatkan perkampungan ini unik ialah bangunan rumah dibina dalam batu-batu bukit dan menyatu dengan tanah. Dalam erti kata lain, rumah-rumah ini sebenarnya adalah gua buatan yang digunakan sebagai tempat tinggal.



















Ntah2 ade aircond skali..haha

Sumber : syok.org

Sunday, January 4, 2009

Haiwan-haiwan pelik (wierd animals)

Red panda...aduh..klau panda pon spesis terancam..die ni spesis terancam sangat
Narwal ala-ala unicorn..tu dia..Berhati-hati dilautan ye!!!
Hag fish??? lebih kurang cam singa laut la...tp lagi ganas kot






Dumbo octopus..juz call it dumbo..tapi bukanlah bermkne sotong yang mempunyai IQ yang rendah.
Ade potensi untuk market "binantang peliharaan" ^o^


angora...spesis arnab bukan anjing!
Blop Fish..aiyak!! bole gerak ke?
Alpaca unta katek! x boleh ditunggang
"ayeaye " ayam-ayam?? aeiou??? "name diambil sempena bunyinye"