Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Tuesday, January 1, 2013

SENARAI ARTIS AJL 27



Penampilan dan persembahan istimewa

Azlan & The Typewriter | Amir Jahari | One Nation Emcees dan Jimmy Palikat | Stacy | Black & RJ | Hazama | Mojo INFO LANJUT ROADSHOW : http://www.anugerahjuaralagu.com/ajl27/

Thursday, November 22, 2012

Lamborghini Aventor kini berada dipasaran



Pengedar rasmi kenderaan jenama Lamborghini di Malaysia, JH Italia Sdn Bhd, memperkenalkan model Lamborghini Aventador Roadster di pasaran negara pada harga sekitar RM3 juta seunit.






                       


Ketua Pegawai Operasinya, Marcus Chye berkata, JH Italia menyasarkan jualan sekitar lapan unit model berkenaan pada tahun hadapan.



“Setakat ini kami telah menerima satu tempahan dan penghantaran dijangka pada Mei dan Jun 2013. Manakala, bagi pelanggan yang menempah selepas penghantaran pertama dilakukan, penghantaran seterusnya akan memakan masa kira-kira 18 bulan,” katanya selepas majlis pelancaran Lamborghini Aventador Roadster di Glenmarie, Shah Alam, semalam.


Menurutnya, bagi tahun ini, JH Italia menjual kira-kira 50 unit model Lamboghini Aventador Coupe dan Gallardo.

Lamborghini Aventador

Waranti yang ditawarkan bagi Lamborghini Aventador Roadster adalah selama tiga tahun dengan jadual penyelenggaraan berkala setiap 12,000 kilometer.


Lamborghini Aventador LP 700-4 mempunyai dua pintu, dua tempat duduk sport diumumkan oleh Lamborghini di Geneva Motor Show pada 28 Februari 2011, lima bulan selepas pelancaran awal di Sant'Agata Bolognese. Dalaman nama kod LB834, Aventador telah direka untuk menggantikan Murcielago yang berusia sepuluh tahun sebagai model perdana baru dalam barisan Lamborghini bermula pada 2011.Selepas melancarkan Aventador, Lamborghini mengumumkan bahawa ia sudah dijual lebih daripada 12 bulan kenderaan pengeluaran , dengan penghantaran yang bermula pada separuh kedua 2011. harga runcit yang disyorkan € 255.000 di Eropah, GB £ 201,900 di UK dan AS $ 379.700 di Amerika Syarikat

Source : http://www.sinarharian.com.my/bisnes/lamborghini-aventador-berada-di-pasaran-1.105612,WIKI dan Google

Friday, September 7, 2012

Gua Superman Yang Sebenar Dijumpai Di Mexico!!



Gua kristal yang super awesome ini adalah menyerupai "Ethereal Arctic Lair, The Fortress of Solitude" dalam movie Superman. Memang cool giler beb. Gua ni telah dijumpai oleh dua orang penggali bawah tanah yang mencari galian di Naica, Mexico.
Mereka secara tidak sengaja telah menjumpai gua bawah tanah ini yang dipenuhi oleh sejenis galian yang dikenali sebagai "gypsum" yang mengambil masa beribu-ribu tahun untuk terbentuk seperti yang di dalam gambar di bawah.

Pembentukan tiang-tiang ais mencecah sehingga 290 meter ini terhasil apabila air bawah tanah yang telah di "super-heated" menjadi sejuk dan membeku bersama Gypsum.Inilah dia salah satu ciptaan Tuhan yang Maha Esa. 






p/s = 
Amacam? Same tak macam dalam movie Superman??? 
Hebat... Memang hebat ciptaan Tuhan... 

Sunday, December 28, 2008

cinta itu buta


Seorang lelaki buta memasuki sebuah
retoran.
Amin, pemilik restoran
berkenaan pergi ke arah lelaki buta
itu dan menghulurkan menu.
"Encik,
saya kan orang buta, saya tak boleh
membaca menu.


Tolong bawakan sudu kotor yang telah
digunakan oleh pengunjung restoran
ini, dan saya akan menciumnya.
Dari
situ nanti saya akan tau masakan apa
yang enak untuk dipesan," kata lelaki
buta.



Amin pun mengumpulkan beberapa puluh
batang sudu yang belum dibasuh dan
berikannya kepada lelaki
tersebut.
"saya nak ikan patin masak
asam, daging goreng kicap dengan sayur
keladi masak lemak cili padi," kata
lelaki buta itu selepas mencium sudu-
sudu berkenaan satu persatu.



Terkejut Amin, memang ketiga-tiga
masakan itu adalah menu kegemaran para
pengunjung restorannya! Beberapa hari
kemudian lelaki buta itu datang lagi
dan meminta untuk mencium sudu-sudu
yang sudah digunakan.
Masalahnya
ketika itu hanya tinggal sebatang sudu
saja yang telah digunakan untuk makan
menu lainnya.



Amin pun berikan sudu itu kepada
lelaki buta tersebut.
"Bau sudu yang
ini sedap juga, seperti baru digunakan
untuk makan kerabu sotong dengan sayur
kailan dan ikan siakap tiga rasa..."
kata lelaki buta.



Tepat sekalli! Lelaki buta itu untuk
ketiga kalinya datang semula
kerestoran Amin beberapa hari
kemudian.
Bagaimanapun, dia dattang
pada waktu pagi sebelum ada seorang
pun pengunjung yang datang.
Ketika itu
juga tidak ada sudu bekas diguna yang
boleh diberikan untuk dihidu oleh
lelaki buta.



Tiba-tiba Amin terfikir untuk
mengenakan lelaki buta itu.
Dia pun
pergi ke dapur dan menghampiri
isterinya yang menjadi tukang masak di
restoran itu.
Amin berikan sebatang
sudu dan berkata, "Yati,garu sudu ni
kat ketiak awak tu.
"


Isterinya, Yati terkejut.
"Apalah
abang ni, mengarut aja!" kata
Yati ,tidak paham. "alah... ikut
ajalahhhh, untuk kemajuan restoran
kita ni," balas Amin, terus memaksa.

Mahu tidak mahu, Yati menenyeh dan
menggonyoh-gonyoh sudu tersebut di
celah ketiaknya yang berpeluh.



Amin membawa sudu tersebut kepada
lelaki buta yang sedang duduk
menunggu.
Lelaki buta itu pun mencium
sudu berkenaan.
Hidungnya kembang
kempis. Mukanya berubah.








Tiba-tiba lelaki buta itu menoleh ke
arah Amin dan berkata...."Saya tak
sangka makwe lama saya, Yati bekerja
di sini.
Boleh saya jumpa dia, encik?"
Muahahahhahahah....!!! kan cinta itu
buta...