Sunday, December 28, 2008

cinta itu buta


Seorang lelaki buta memasuki sebuah
retoran.
Amin, pemilik restoran
berkenaan pergi ke arah lelaki buta
itu dan menghulurkan menu.
"Encik,
saya kan orang buta, saya tak boleh
membaca menu.


Tolong bawakan sudu kotor yang telah
digunakan oleh pengunjung restoran
ini, dan saya akan menciumnya.
Dari
situ nanti saya akan tau masakan apa
yang enak untuk dipesan," kata lelaki
buta.



Amin pun mengumpulkan beberapa puluh
batang sudu yang belum dibasuh dan
berikannya kepada lelaki
tersebut.
"saya nak ikan patin masak
asam, daging goreng kicap dengan sayur
keladi masak lemak cili padi," kata
lelaki buta itu selepas mencium sudu-
sudu berkenaan satu persatu.



Terkejut Amin, memang ketiga-tiga
masakan itu adalah menu kegemaran para
pengunjung restorannya! Beberapa hari
kemudian lelaki buta itu datang lagi
dan meminta untuk mencium sudu-sudu
yang sudah digunakan.
Masalahnya
ketika itu hanya tinggal sebatang sudu
saja yang telah digunakan untuk makan
menu lainnya.



Amin pun berikan sudu itu kepada
lelaki buta tersebut.
"Bau sudu yang
ini sedap juga, seperti baru digunakan
untuk makan kerabu sotong dengan sayur
kailan dan ikan siakap tiga rasa..."
kata lelaki buta.



Tepat sekalli! Lelaki buta itu untuk
ketiga kalinya datang semula
kerestoran Amin beberapa hari
kemudian.
Bagaimanapun, dia dattang
pada waktu pagi sebelum ada seorang
pun pengunjung yang datang.
Ketika itu
juga tidak ada sudu bekas diguna yang
boleh diberikan untuk dihidu oleh
lelaki buta.



Tiba-tiba Amin terfikir untuk
mengenakan lelaki buta itu.
Dia pun
pergi ke dapur dan menghampiri
isterinya yang menjadi tukang masak di
restoran itu.
Amin berikan sebatang
sudu dan berkata, "Yati,garu sudu ni
kat ketiak awak tu.
"


Isterinya, Yati terkejut.
"Apalah
abang ni, mengarut aja!" kata
Yati ,tidak paham. "alah... ikut
ajalahhhh, untuk kemajuan restoran
kita ni," balas Amin, terus memaksa.

Mahu tidak mahu, Yati menenyeh dan
menggonyoh-gonyoh sudu tersebut di
celah ketiaknya yang berpeluh.



Amin membawa sudu tersebut kepada
lelaki buta yang sedang duduk
menunggu.
Lelaki buta itu pun mencium
sudu berkenaan.
Hidungnya kembang
kempis. Mukanya berubah.








Tiba-tiba lelaki buta itu menoleh ke
arah Amin dan berkata...."Saya tak
sangka makwe lama saya, Yati bekerja
di sini.
Boleh saya jumpa dia, encik?"
Muahahahhahahah....!!! kan cinta itu
buta...

No comments: