Showing posts with label emo day. Show all posts
Showing posts with label emo day. Show all posts

Tuesday, December 25, 2012

Neelofa Lupa Butang Baju | Ketat Sangat

ambar Neelofa lupa butang baju. Aduyai, kenapa Neelofa lupa butangkan baju tu. Mungkin ketat sangat, hingga dah tak boleh nak butangkan. Rasanya penat Neelofa bercuti ke Dubai masih ada. Tuah makeup artis, juru makeup jugak yang untung dalam situasi ni. Gambar Neelofa lupa butang baju ni telah mendapat bermacam-macam respon dari peminat Neelofa sendiri. Ada yang menyokong dan ada juga yang mengata. Aku pulak hanya merenung dengan ketabahan seorang lelaki.



Sumber
Neelofa Lupa Butang Baju | Ketat Sangat

Sunday, December 23, 2012

Allahuakhbar! Bayi mengandungkan bayi


Subhanallah!! Bayi Mengandungkan Bayi Lain Dalam Perut | Jika terdapat sebarang benjolan terhadap bentuk fizikal di badan kita, bekemungkinan ia merupakan satu penyakit ketumbuhan yang perlu dibuang melalui pembedahan. Satu kes telah berlaku di mana seorang bayi dipercayai terdapat satu ketumbuhan di bahagian perutnya. Ibu bapanya bertindak menghantar ke hospital bagi tujuan semakan. Namun apa yang memeranjatkan mereka, hasil daripada imbasan yang dilakukan, bayi tersebut bukan mengalami ketumbuhan akan tetapi ia dipercayai mengandungkan seorang bayi dalam perutnya.
Afiah Syafina, seorang bayi perempuan berusia 2 bulan, anak dari pasangan Bambang Sarianto & Syarifah yang keduanya berkerja sebagai Guru Sekolah di Tebing Tinggi, Bayi pasangan ini mengalami perut buncit, yang setelah dibuat pemeriksaan dianggap Tumor yang harus segera dibedah.
Saat pasangan ini menjumpai Prof.dr.Chairuddin P.Lubis, beliau Secara langsung menghubungi Pak Biebie (Rtn.Kentjana Salim) dari Rotary Club Deli Medan.

Rotary Club Deli Medan cepat kesana dan membantu pembiayaan biaya pembedahan dan rawatan di Rumah Sakit Gleni International Medan.
Dengan ditemani oleh Dr.Djeni Bijantoro SBB SPBA, Operasi pembedahan dilaksanakan pada hari Sabtu, 19 Januari 2008 dari jam 08:00 – 11:30

Hasilnya cukup mengejutkan dan ternyata yang disangka Tumor itu adalah Janin berusia 5 bulan!!Saat ini si kecil Afiah dalam keadaan sihat.

Sumber : http://www.siakapkeli.com/2012/12/subhanallah-bayi-mengandungkan-bayi.html

Wednesday, December 19, 2012

RUMAH KIAMAT DIBINA

rumah kiamat
ASHINGTON – Syarikat Utah Shelter System yang dikendalikan Paul Seyfried menghasilkan beberapa buah rumah perlindungan untuk kegunaan orang ramai menghadapi pelbagai bencana seperti peperangan nuklear, kimia, biologi, bencana alam dan hari kiamat.


Harga rumah itu adalah antara AS$51,000 (RM155,738) hingga AS$64,000 (RM195,471).
Seyfried menghasilkan rumah tersebut dengan menggunakan keluli di Salt Lake Utara, Utah.
Rumah itu turut dilengkapi dengan tandas. – Agensi
Sumber : Kosmo

Monday, December 3, 2012

Inilah 9 Negara Menentang Pengiktirafan Palestin



Penantian 65 tahun rakyat Palestin berakhir apabila Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara pada 29 November 2012 pada Khamis. Tahniah kepada rakyat Palestin


Berikut sembilan negara yang memberikan suara menolak dalam rancangan resolusi pengiktirafan status negara Palestin: 




  1. Kanada
  2. Republik Czech
  3. Israel
  4. Marshall Islands
  5. Mikronesia
  6. Nauru
  7. Palau
  8. Panama
  9. Amerika Syarikat




Selain AS dan Israel, tujuh negara tersebut hanyalah negara-negara kecil yang tidak membawa pengaruh besar terhadapPalestin


Di samping sembilan negara yang menentang, terdapat sejumlah 138 negara yang menyokong dan 41 berkecuali, serta tiga negara tidak hadir.


Sementara Kesatuan Eropah, terdapat 17 negara yang menyatakan sokongan untuk pengiktirafan Palestin, diantaranya Austria, Perancis, Itali, Norway, dan Sepanyol. Sementara negara Eropah lain termasuk England dan Jerman memilih berkecuali 

http://hakaluka.blogspot.com/2012/12/inilah-9-negara-menentang-pengiktirafan.html

Sunday, November 18, 2012

Khas Buat Perindu Syahid Di Malaysia


Briged Al-Qassam yang digeruni Regim Zionis Laknatullah

Kewujudan para pemuda yang memperjuangkan kemuliaan Islam secara ketenteraan di bumi Gaza dan Tebing Barat bukanlah satu yang rahsia lagi. Merekalah sebenarnya yang merupakan ketumbukan angkatan tentera yang menjadi perisai di barisan depan yang akan mempertahankan Palestin daripada terus dijajah dan diratah oleh regim Zionis Israel selama ini.
Briged Izzuddin al-Qassam atau lebih dikenali sebagai al-Qassam adalah barisan pejuang bersenjata Palestinyang telah diasaskan penubuhannya oleh Sheikh Ahmad Yassin (Pengasas HAMAS), Dr Ibrahim al Maqadema dan Sheikh Salah Shehada sejak tahun 1984 lagi.




Sheikh Izzudin Al-Qassam
Pasukan bersenjata HAMAS yang begitu digeruni oleh Israel ini telah diberikan nama sebagai Briged al-Qassam bersempena dengan nama Sheikh Izzuddin al-Qassam, seorang tokoh pejuang yang berasal dari Syria yang telah terkorban syahid di Ya’bad, Palestin bagi mempertahankan bumi ini daripada penjajahan Inggeris pada tahun 1935.
Di kesempatan yang ada ketika menyertai misi kemanusiaan di Gaza kali ini, saya telah mendapatkan seberapa banyak maklumat mengenai pergerakan ini daripada masyarakat setempat di sana.
Beberapa kali mendengar bunyi letupan di sana sini sepanjang keberadaan kami di Gaza, Namun masyarakat umum termasuk Israel juga amat mengetahui bahawa Briged al Qassam adalah satu pergerakan ketenteraan yang bekerja dengan kerahsiaan yang kuat dan mampu membuat pelbagai kejutan.
Alhamdulillah dengan takdir yang ditentukanNya pula, saya berpeluang untuk mengenali Briged al-Qassam ini dengan lebuh dekat melalui kunjungan ke pusat latihan mereka setelah mendapat jemputan daripada pimpinan kerajaan yang memerintah Semenanjung Gaza. Saya berpeluang menyaksikan sebuah satu demonstrasi latihan ketenteraan yang jarang-jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin apatah lagi kepada pengunjung dari luar Negara.
Objektif penubuhan al Qassam
Objektif utama penubuhan al Qassam adalah untuk menaikkan semangat jihad di kalangan orang-orang Palestin, orang-orang Arab dan juga umat Islam sejagat. Briged ini bertanggung-jawab untuk mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan dan kezaliman Zionis dan seterusnya membebaskan Palestin dan keseluruhan tanahnya yang telah dirampas oleh penjajah Zionis Israel.
Pada peringkat awalnya mereka enggan memberikan maklumat lanjut mengenai kekuatan sebenar briged ini tetapi akhirnya menjelaskan bahawa mereka mempunyai ahli battalion yang terlatih seramai kira0kira 25,000 orang di kalangan pemuda-pemuda yang berumur antara 18-30 tahun. Sejak intifadah al Aqsa yang berlaku pada tahun 2000, seramai kira-kira 800 ahli briged ini telah syahid bagi mempertahankan Palestin.
Briged al Qassam amat mementingkan latihan dan kualiti ahli Briged yang menjadi tulang belakang perjuangan pembebasan Palestin.
Di antara syarat utama yang dikenakan sebelum mereka dipilih ialah :
1-Gigih berpegang dengan ajaran Islam
2-Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah saw
3-Menjaga solat 5 waktu secara berjamaah 4-Mengimani perjuangan pembebasan al Aqsa dan Palestin
5-Berdisiplin dan mentaati kepimpinan
6-Mencintai dan bersedia untuk syahid
Saya telah diberitahu bahawa briged ini juga mempunyai skuad wanita walau pun mereka tidak berada di barisan depan ketenteraan. Pernah sekali tentera al Qassam yang berpakaian lengkap ketenteraan dikepung oleh tentera Israel di dalam sebuah masjid, mereka telah menghantar tentera wanita yang tidak berpakaian seragam pada ketika itu untuk masuk ke masjid bagi menyerahkan baju lain kepada anggota yang terkepung, Tentera al Qassam ini kemudiannya berjaya keluar dengan berlakon sebagai orang-orang awam. Walau pun Briged al Qassam kehilangan tiga anggota wanitanya dalam operasi tersebut tetapi mereka tetap Berjaya kerana ramai di kalangan anggota utamanya yang dapat diselamatkan.
Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di wilayah Gaza bukan kerana serangan ketentaraan Israel sebaliknya adalah daripada sesi latihan al Qassam.
Briged al Qassam ini juga sangat terkenal dengan roket artileri al-Qassam yang merupakan roket buatan sendiri. Roket ini sering membawa kemusnahan musuh di tanah suci Palestin yang dijajah serta memberikan kesan trauma mental kepada masyarakat penjajah Israel.
Saya juga berkesempatan menyaksikan satu sesi latihan ketenteraan Brideg al Qassam ini yang menggunakan peluru hidup, bom tangan, senapang AK-47, mesingan dan roket grenad. Bergegar rasanya hati kecil ini ketika menyaksikan demonstrasi yang cukup membuktikan kehebatan generasi muda Palestin ini.



Bersujud syukur selepas menjalan operasi

Sesudah sesi latihan itu, kesemua pemuda-pemuda ini berkumpul dan bersujud syukur sebagai satu amalan penting pada setiap kali tamat satu pertempuran melawan tentera Zionis.
Dengan pelbagai maklumat dan diikuti oleh pertemuan yang bermakna ini, saya pasti bahawa mereka adalah generasi pemuda perindu syahid yang begitu digeruni oleh pasukan tentera penjajah Israel yang berjumlah seramai 720,000 orang yang turut mempunyai pelbagai kelengkapan teknologi ketenteraan yang canggih
Pemuda Briged Al-Qassam melakukan sujud syukur setiap kali pulang daripada bertempur dengan tentera Israel.

Sebelum berpisah, seorang pemuda al Qassal menghampiri saya dan bertanya asal usul kami. Apabila diberitahu daripada Malaysia, dia lantas menjawab bahawa tanah ini juga milik umat Islam di Malaysia. Tentunya jawapan ini begitu mendalam dan menggugah hati sanubari saya.
Ketika berpeluang untuk mengajukan soalan kepada beberapa anak muda Palestin di Gaza samada mereka adalah daripada al Qassam atau tidak, kebanyakan mereka hanya tersenyum kerana mereka biasanya mengistiharkan diri mereka sebagai al Qassam secara terbuka.



Pemuda Al-Qassam-Generasi pemburu syahid

Subhanallah…merekalah generasi anak muda yang merindui kemuliaan mati syahid dan masing-masing bekerja kuat bagi menagih keistimewaan syahid seperti maksud sabdaan Rasulullah :
“Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu:
1-diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar
2-melihat tempatnya di dalam surga
3-dilindungi dari azab kubur
4-terjamin keamanannya dari malapetaka besar
5-merasakan kemanisan iman,
6-dikahwinkan dengan bidadari,
7-dan diperkenankan memeberikan syafa’at bagi 70 orang kerabatnya”
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)
MK-8 AP ke Gaza, 16hb April 2012

Sumber - http://zainurrashid.com/briged-al-qa...erindu-syahid/

Wednesday, December 9, 2009

hmmm..Interesting ..juz want to share...hehe











Love the girl in your heart, not in your mind. If you base your relationship on feelings, it will fail for there are ups & downs in feelings. Girls are there to be loved, not toyed around. Love her for who she is. Don't even think about changing any bit about her. 6 billion people in this world & 6 billion different personalities. She's special & she will stay that way. You change any part of her, you'll change her forever.Don't substitute her for anyone else,they are just unique in their own ways. Love whole-heartedly. She sacrificed a lot for you so you'd better really treassure her. She could have just got up & date a so much more dashing guy in town but she chose you instead all because of love. So love her guys, not play with her. Tell the truth, never hide anything from her. If you want her to tell you everything, do the same. Don't go calling other girls "honey" or "darling", how would it feel if your girl calls other guys the same way? Be faithful, enough is enough. It never kills to be romantic. Think, be flexible. Getting that diamond ring isn't the only gift for her. Be realistic, she's human & she lives life just like you. Something sweet & simple always get the job done. Money doesn't exist between couples, it's the love. Never, ever walk out of her life. She won't just cry her heart out & carry on living as per normal, she'd die. It her heart that you've broken, how would you ever know how she feels? Winning a girl's heart isn't the final victory. Don't leave her once you've won her love. Love her all the way till the end of time, love her till marriage, love her till old age, love her till death. If you can love her till the end of time, you've earned the honor & respect for you've truly loved her. She chose you because she believes that you can fulfil your promise. Win her heart & love her over. Remember, the girl isn't a trophy for display..