Showing posts with label hilang. Show all posts
Showing posts with label hilang. Show all posts

Tuesday, January 1, 2013

EVOLUSI LOGO BATMAN DULU DAN SEKARANG

Mari lihat evolusi logo batman dari dulu hingga sekarang.



iyakan?

sumber : Google.com

SIAPAKAH ARTIS DITANGKAP KERANA DADAH?



PETALING JAYA: Seorang pelakon dan model wanita yang terkenal dengan pelbagai kontroversi, dicekup polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, kerana didapati memiliki dadah dalam simpanan di sebuah kediaman mewah di Damansara Damai, di sini, kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 5.30 petang, pelakon berusia 26 tahun itu ditahan bersama teman lelakinya, seorang penganggur juga berusia 26 tahun, selepas didapati memiliki dua biji pil disyaki Eramin 5 dengan anggaran berat 0.60 gram ketika pemeriksaan dalam kediaman berkenaan.

Menurut sumber, pasukan polis menyerbu kediaman berkenaan selepas melakukan intipan sejurus menerima maklumat daripada orang awam mendakwa kedua-dua suspek disyaki terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.


“Ketika serbuan dilakukan, kedua-dua suspek berada dalam rumah berkenaan dan mereka pada mulanya enggan bekerjasama apabila tidak membuka pintu walaupun polis sudah memperkenalkan diri.

“Selepas pegawai yang mengetuai serbuan mengetuk pintu rumah, suspek wanita membuka tingkap, tetapi segera menutupnya semula selepas menyedari kehadiran polis,” katanya.-hmetro


Ada sumber yang mengatakan suspek ialah :



Zarina ann juli-julai? betullkah? tidak dapat dipastikan


Read more: http://beritamy.blogspot.com/2012/12/artis-menjolok-mata-ini-positif-dadah.html#ixzz2Gme2LtN9

Sunday, December 30, 2012

REBAT TELEFON PINTAR RM 200

Rebat telefon: 1.5 juta layak, guna konsep 'siapa cepat dia dapat'
KUALA LUMPUR - Belia yang berusia antara 21 dan 30 tahun boleh mula memohon rebet RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai Selasa depan.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, permohonan di bawah Pakej Komunikasi Belia itu boleh dibuat menerusi pendaftaran dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/.

Skim itu berasaskan siapa cepat dia dapat dan khas bagi 
1.5 juta belia yang layak yang boleh mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada, katanya dalam satu kenyataan.

Mohamed Sharil berkata, belia yang layak menikmati rebet RM200 itu boleh membeli 
telefon pintar 3G terpilih berharga sehingga RM500 daripada pengedar terpilih dan ejen yang dilantik oleh penyedia perkhidmatan.

"Tujuannya ialah untuk memperluaskan insentif itu merangkumi belia daripada kalangan berpendapatan rendah yang masih belum menggunakan telefon pintar dan tidak mampu untuk menaik taraf telefon lama 2G mereka kepada telefon pintar 3G yang asas.

"Mereka yang mampu memiliki telefon berharga RM500 sebenarnya bukanlah kategori yang dihasratkan atau pasaran sasaran," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rebet RM200 sekali sahaja bagi pembelian telefon pintar 3G kepada 1.5 juta belia yang layak menerusi Pakej Komunikasi Belia ketika membentangkan Belanjawan 2013 pada September lepas dalam usaha memberi belia akses kepada gerbang maklumat.

Dengan rebet itu, mereka dijangka membayar tidak lebih daripada RM300 untuk memiliki sebuah telefon pintar 3G baharu, katanya sambil menolak dakwaan bahawa had harga RM500 adalah rendah memandangkan terdapat lebih 20 model telefon berjenama yang dilengkapi kemudahan 3G.

"Syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian dan operator rangkaian maya mudah alih akan menawarkan tidak lebih daripada lima dan mungkin sehingga 10 atau 12 model di bawah inisiatif itu menerusi kedai pengedar mereka.

"Oleh itu, belia seharusnya mencari logo 'Pakej Komunikasi Belia' yang akan dipaparkan pada kain rentang dan bunting di kedai itu atau mereka juga boleh menyemak laman web penyedia perkhidmatan bagi mendapatkan senarai telefon pintar dan kedai pengedar yang mengambil bahagian," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan kajian yang dijalankan oleh SKMM, lebih 90 peratus pengguna berada dalam segmen prabayar tetapi syarikat telekomunikasi hanya menyediakan insentif telefon bimbit bagi kontrak pascabayar.

Sementara itu, Mohamed Sharil berkata pemilik perniagaan kecil berumur antara 18 dan 65 tahun boleh mula memohon geran RM1,000 menerusi 'Get Malaysian Business Online' mulai Selasa depan (1 Jan), juga dengan mendaftar dalam talian dihttp://nbi.skmm.gov.my/.

Beliau berkata, usahawan kecil yang mendaftar di laman web dan memenuhi semua terma serta syarat akan menerima geran RM1,000 daripada SKMM yang akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank tempatan pemohon yang berjaya. - Bernama

Sumber : SinarHarian


Berikut adalah senarai lebih 20 jenis telefon pintar 3G yang dikeluarkan oleh pihak SKMM. Harga telefon pintar tersenarai adalah RM500 ke bawah :


Wednesday, December 26, 2012

SIAPAKAH WATAK PAK ERWIN JOKO ANUAR (BOMOH INDONESIA ) DALAM HKLBR



Aku macam familiar tengok wak ni kat TV3 semalam , macam da selalu berlakon..tapi tak pasti sebab suara dia len macam.
Sekali betullah.. Sofi Jikan da . zZZ


.

Hahaha..lakonan die memang best. KL ganster,Bohsia 2...memang terbaikkkk!

Monday, December 24, 2012

9 RUMAH YANG PALING PELIK DI DUNIA Part 1

Awsome !! Berikut adalah antara rumah-rumah yang dipercayai paling pelik di dunia



#9.
 Rumah Super Kecik
Via CNN
Di miliki oleh Fyuhito Mariya yang telah membeli 30 meter persegi tempat parking untuk dijadikan rumah 3-tingkat idamannya.wau..sungguh kreatif!!! desakkan akibat kos idup di jepun yang terlalu tinggi.

Via Dornob.com
Well, hello there, tiny sardine people!



#8.

Rumah aras hidung
Via Wikipedia
Teletak di sungai St. Lawrence antara Canada dan America .Dibina pada 1950-an. Menjadi tarikkan utama pelancong yang datang ke Kanada.


Via Life


#7.

Rumah di celah batu
Terletak di  Nas Montanhas de Fafe, Portugal dan dibina pada tahun 1974. Dilengkapi turbin angin tetapi masih tiada kelengkapan api dan air yang secukupnya apabila diperlukan. Mungkin tiada CF.wakakaka!


Nothing says prehistoric like blast-proof shielding.



#6.
 Rumah Hobbit yang Moden
+Share #6
Terletak di Switzerland, berdekatan  the famed Vals thermal baths.Memang di reka khas untuk mengelakkan dari mengacau persekitaran.Di katakan hanya boleh dimasuki melalui laluan rahsia.jeng jeng jeng!


#5.

Rumah kedap Zombi kg.Pisang
+Share #5
Rumah ini cukup terkenal ,dikenali dengan safety house , direka untuk menghalang serangan zombie.Mempunyai ciri keselamatan yang cukup canggih. Waktu siang rumah ini bole dilihat seperti biasa dan pada waktu malam...zit zoot..ziiit.." Gerakkan Robocop" rumah ini betukar menjadi kiub hitam yang begitu kukuh dan tak rupa rumah lah!!! senang crite.




Read more: http://www.cracked.com/article_19286_9-houses-you-wont-believe-people-actually-live-in.html#ixzz2FxQaMuwP


Creadit:
http://www.cracked.com/article_19286_9-houses-you-wont-believe-people-actually-live-in.html

Wednesday, December 19, 2012

Isu Semasa - Bukan Untuk Seks




RANGKA manusia yang ditemui di atas katil di rumah wanita itu.

STOCKHOLM: Seorang wanita berusia 37 tahun yang didakwa meyimpan bahagian rangka manusia di rumahnya agar dia dapat melakukan hubungan seks dengannya berkata, walaupun perbuatannya pelik tetapi dia tidak melakukan jenayah.

Wanita Sweden itu didakwa mencabuli ketenangan si mati selepas dia dituduh menggunakan 100 bahagian, termasuk enam tengkorak dan satu tulang belakang untuk memuaskan nafsunya.

Dia memberitahu akhbar Goeteborgsposten, dia tidak menggunakan rangka manusia untuk kepuasan seksual, tetapi dia berminat dengannya.

Bagaimanapun, dia mengakui berminat dengan nekrofilia, tetapi menafikan cenderung untuk melakukan seks dengan rangka manusia.

“Saya tahu ia pelik, tetapi rangka manusia adalah hobi saya.

“Saya berminat dalam perubatan forensik dan saya juga meminati osteologi. Saya mempunyai gambar orang mati. Saya tidak menafikan itu,” katanya. Wanita itu ditahan September lalu apabila polis dihubungi ke apartmennya selepas kedengaran bunyi tembakan pistol. Mereka menemui beberapa rangka manusia dan beberapa pisau. Polis Sweden kemudian mendedahkan gambar yang dirakam di apartmennya menunjukkan tengkorak manusia di atas katil, dalam beg dan dalam peti dingin beku miliknya.

Ia menjadi tajuk utama akhbar di seluruh dunia dan wanita itu percaya dia menjadi mangsa ketidakadilan. “Lebih ramai orang telah melihat wajah saya berbanding filem Batman,” katanya. - Agensi


Sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Bu...ukseks/Article

Sunday, December 16, 2012

Friendster tambah ciri sosial



LAMAN Sosial, Friendster menawarkan tambahan ciri baru bagi memudahkan pengguna mencari kawan, mahu pun pasangan menerusi 'Friendster Finder'.


Peningkatan ciri baru itu dilengkapi fungsi profil yang membolehkan pengguna baru dan sedia ada menambah maklumat peribadi seperti umur, jantina, lokasi serta gambar profil selain Friendster Finder.


Laman utama profil juga dipertingkatkan dengan mengemas kini lebih banyak aktiviti seperti perubahan status rakan baru dan hubungan sosial.


Pengguna kini boleh menghantar komen atau berkongsi gambar dan video.


Dilancarkan semula pada Mei lalu, Friendster sentiasa menambah baik dan melaksanakan kandungan baru dengan pelbagai pilihan permainan percuma dalam talian daripada lapan genre yang berbeza.






sumber:http://www.sinarharian.com.my/bisnes...osial-1.112917

Saturday, January 29, 2011

Mahu cari figura seperti ini.



 



   

Kepada sesiapa yang pernah tengok atau perasan figura bleach ini dekat kedai mana-mana la terutama area Muar dan Melaka, Sila hubungi saya ASAP!~

Friday, July 30, 2010

Hilang

Pernah tak korang rase bengang,sakit ati,rase cam nak pergi mampos pon ade.
exactly rase-rase camtu datang bila korang kena tipu ke,disalah anggap ke,dipermainkan ke or diperkotak-katikkan ke or kehilangan sesuatu yang berharga.hurm bagi aku  tu smue ujian dari Allah swt.Bagi aku la kan Dia nak uji kite dengan ujian yang mampu kita tanggung and nak mengigatkan yang kita kat dunia ni hanyalah hamba Allah.Apa yang ada pada kita ni smuenye kite pinjam je.tak kekal pon,so ape aku dan korang nak bangga sangat dengan nikmat pinjaman dari tuhan yang sementara ni.So ape yang nak dibanggakan....hidup ni macam eyes on malaysia..jap kite kat bawah..tengah sedap-sedap rase mcm kat awangan..bile2 je bole jatuh balik terhempas lagi tu..hahaha. so pikir-pikirkan la.Dunia oh dunia.Akhirat jua yang kekal~



Hadirlah keindahan
Abadi kau berikan
Kenangan telah ku alami
Cinta yang didusta
Prilaku dosa
Khayalan
Kau memperdayaku
Nnamun apalah dayaku
Tempuh dan biarkau hanyut
Hanyut dalam warna-warna dunia
Pedihnya ku rasakan
Melihat jiwa meronta
Ku gagahkan teguh berdiri
Segala nikmatnya
Syurga kononnya
Kelalaian
Kau memperdayaku
Namun segala kisah berlaku
Harus ku terima
Hanya berserah pada yang Maha Esa
Tiada apa ku harap
hanya dapat ku temukan
keindahan yang abadi selamanya
Namun segala kisah berlaku
Harus ku terima
Hanya berserah pada yang Maha Esa
Tiada apa ku harap
hanya dapat ku temukan
keindahan yang abadi selamanya.