Tuesday, December 25, 2012

9 RUMAH YANG PALING PELIK DI DUNIA Part 2


4.
 
Rumah Buih

Memang rumah yang direka berdasarkan alam semula jadi!. Dibina sekitar tahun 1970-an oleh arkitek Antti Loavag dan designer terkenal Pierre Cardin di kawasan berdekatan dengan Tourrettes-sur-Loup di Perancis.

Semua bilik dan Villa-villa di sini kesemuanya berbentuk bulat termasuk katil-katil yang terdapat di situ.Pierre Cardin menyatakan bahawa bulat adalah simbol asas rekaannya yang mewakili bumi,kandungan,lubang ,sarang dan buah dada.
Betullah kata pakar physikologi.. orang yang suka bentuk bulat cenderung kepada seks!

Via Izismile.com
Hehehe. macam ape ek?

#3.
 
Rumah pokok yang hyper tinggi
Dulu kecik-kecik aku selalu impikan mempunyai rumah atau pondok seperti ini...huhuhu.Ni adalah contoh rumah tipikal yang dibina oleh puak Korowai di Papua New Guinea yang sangat terasing daripada dunia sehingga tahun 1070-an. Mereka membina rumah ini untuk mengelakkan serangan dari binatang buas,banjir dan serangga kecil,selain bertanding siapa yang mempunyai rumah yang paling tinggi.Perlukah? tapi terus terang ...untuk rumah setinggi ini ...ianya sangatttttt owsem! tapi sayang .. kalau la ada kelengkapan lift (-_-)


#2.
 
Rumah di laluan pejalan kaki
Dibina oleh Dai Haifei,arkitek dari China. Beliau bekerja di syarikat yang menggunakan slogan " "Our Buildings Are Eggs Laid by City," ..hurmm sesuai dengan slogan syarikatnnya Dai Haifei sekarang tinggal di kaki lima di dalam bilik yang berbentuk telur.Jalan-jalan...sure tak perasan ada orang duduk dalam rumah ni..wakakaka.

Rangka rumah diperbuat daripada buluh dan di tutup dengan habuk kayu.Luarannya siap ada rumput lagi bai....
Rumah ini lengkap dengan katil dan beberape kelengkapan asas seperti tank air mini.Mengikut kata Dai lagi,rumah ini hanyalah untuk dia melelapkan mata memangdangkan dia akan bekerja hingga tengah malam.. setiap hari. (-_-)
#1.
 
Rumah Pecah atau Pecah Rumah?
Aritokrat pada era pra-revolusi dari Perancis in memang banyak duit dan masa. Di reka ole Francois Nicholas Henri Racinr de Monville dan sengaja dibina pada keadaan seperti gambar di atas untuk kelihatan seperti telah musnah,usang dan klasik =)




Read more: http://www.cracked.com/article_19286_9-houses-you-wont-believe-people-actually-live-in_p2.html#ixzz2G7HDi1Cx

No comments: