Saturday, March 24, 2012

Review Filem The Hunger Games


Hari ni aku nak cerite pasal filem yang baru sahaja aku tengok minggu ni iaitu The Hunger Games. Ceritanya boleh tahan lah bagi aku . Hati terdetik nak tengok sebab aku ni memang kaki game hahaha...Ok back to the film that i would like to review."Omputih pulokkk"...Filem ni berdasarkan novel yang ditulis oleh Suzanne Collins yang menceritakan kisah cabaran yang harus ditempuhi oleh seorang gadis remaja belasan tahun iaitu Katniss Everdeen lakonan Jennifer Lawrence cun melecun fuyooohh!! dalam pertarungan yang berformat game of survival , Hidup dan mati .Maknanya yang paling last hidup dialah pemenang.Dalam filem masa depan ini ,ianya berlangsung di Capitol iaitu sebuah pusat pemerintahan yang terdiri dari orang-orang kaya akan memilih peserta atau lebih tepat mangsa ...hehe setiap tahun  melalui undian dari 12 daerah, dan Si Katniss Everdeen ni dari daerah yang paling last iaitu District 12 yang secara suka rela mengantikan adiknya yang dipilih secara undian. Di antara 12 daerah ini. Daerah 10,11,12 adalah daerah yang paling miskin dan digelar pasukan underdog atau bawah anjing.Lupe plak nak cakap, setiap pasukan 2  orang.

Peraturan game ini amatlah simple tetapi kejam.Kesemua 24 pemain  ni akan ditempatkan di sebuah hutan rekaan khas dan terpaksa melarikan diri dan bersembunyi atau terus membunuh antara satu sama lain.Selain itu merka juga terpaksa menghadapi cabaran dan rintangan yang boleh membawa maut  direka khas oleh si Pereka game yang bemisai dan berjambang unik.



So part game ini lah yang aku rasakan paling menarik dan ada ketikanya sadis sebab mereka terpaksa berbunuhan antara satu sama lain untuk terus hidup dan menang.Selain itu Mereka juga terpaksa meraih undi dari para Sponsor "Para pengundi orang kaya di Capitol" untuk mendapatkan bantuan makanan atau perubatan ketika terdesak dan dengan skill memanah yang dimiliki, Katniss Everdeen berjaya menarik perhatian mereka.









So , banyak thrill yang ditunjukkan dalam filem ini. Kemunculan binatang buas rekaan si Pereka games dan pakatan dari district lain untuk membunuh gadis cun ini. Kesian aku tengok. So tak payah cerita panjang,pada korang yang rase-rase tidak ada kerja hujung minggu ni. Aku cadangkan tengok la filem ini. Tak rugi tiket RM13 ringgit. Berbaloi-baloi.

jOM ke PANggunG YuKKKK!!!




No comments: