ANGGOTA polis mengiringi suspek (dua dari kanan) selepas prosiding mendapatkan perintah reman di Mahkamah Sesyen Ampang Jaya semalam.
ANGGOTA polis mengiringi suspek (dua dari kanan) selepas prosiding mendapatkan perintah reman di Mahkamah Sesyen Ampang Jaya semalam.
Menerusi artikel bertajuk “Teman Wanita Dakwa Dirogol Juara Realiti TV“ yang kami keluarkan semalam, mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangannya penyanyi tersebut bukan?
Di sini ada perkembanagan terbaru berhubung isu tersebut, di mana pihak Kosmo! Online hari ini melaporkan bahawa tertuduh merupakan artis lelaki yang berusia lingkungan 25 tahun dan suspek pernah menjuarai sebuah program realiti hiburan popular sekitar tahun 2010, anjuran sebuah stesen televisyen.
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jalaluddin, suspek akan ditahan reman selama dua hari dan pihak polis akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kes tersebut.
Kita telah mengambil keterangan daripada mangsa berusia lingkungan 20-an selepas menerima laporan tersebut. Soal siasat akan dilakukan terhadap teman lelakinya itu bagi membolehkan kita mendakwanya jika terdapat bukti yang mencukupi.
P/S Suspek dua dari kanan.
Sumber : Kosmo