Wednesday, January 30, 2013

DEWI PERSIK JALANI PEMBEDAHAN SELAPUT DARA UNTUK HINDAR ZINA




JAKARTA: Penyanyi dangdut 
yang juga pelakon, Dewi Persik semalam berkata, dia bertindak melakukan pembedahan selaput dara di Mesir kerana mahu menghindari zina.
“Niat saya, walaupun janda, saya mahu melindungi diri saya daripada zina. ‘Apabila mengenangkan perbelanjaan yang besar dan sakit luar biasa ketika menjalani pembedahan itu, saya pasti tidak akan melepaskan keperawanan baru saya kepada lelaki sebarangan, kecuali pada suami saya akan datang,” katanya.

Dewi Persik yang lebih dikenali dengan panggilan Depe dan nama sebenarnya Dewi Murya Agong juga memberitahu wartawan, pembedahan yang menelan belanja Rp1 bilion (RM354,000) itu dibiayai oleh pemilik syarikat penerbitan filem K2K. Depe berlakon dalam filem Pacar Hantu Perawan yang diterbitkan syarikat berkenaan.

 

Menurutnya, penerbit, KK Dheraj sanggup membayarnya wang berkenaan jika dia menjalani pembedahan itu. “Satu bilion bukan angka kecil,” katanya.Dalam filem terbaru itu, Depe memegang watak Mondy, wanita yang tidak percaya kepada perkara mistik tetapi akhirnya sering diganggu makhluk halus.

Depe, dalam satu wawancara lain berkata, dia mendapatkan nasihat beberapa rakan sebelum menjalani pembedahan selaput dara itu. Antara mereka ialah bintang porno warga Norway yang turut berlakon dalam Pacar Hantu Perawan dan Misa Campo, model seksi yang sering muncul dalam forum Internet untuk golongan dewasa. – Webberita

GAJAH PIGMY?


Anak gajah pigmy yang lebih kecil bebanding saiz gajah yang standard.

Gajah Kerdil Borneo (Borneo Pygmy Elephant) atau juga dikenali sebagai Gajah Kalimantan di Indonesia, merupakan satu spesies gajah yang dijumpai pada Oktober 2003 telah disahkan sebagai spesies gajah baru. Penyelidikan oleh Universiti Colombia menunjukkan DNA gajah kerdil Borneo itu mempunyai persamaan genetik dengan kelompok asal tanah besar Asia dan Sumatera, dan oleh itu merupakan subspesies gajah Asia. Gajah ini boleh didapati di timur Sabah dan utara Kalimantan.

Perbezaan gajah pigmy dan gajah biasa
Gajah pigmi Borneo yang berusia enam bulan mempunyai ketinggian 1.5 meter, sementara gajah dewasa yang berusia lima tahun berukuran 2.4 meter. Mempunyai berat kurang dari 2 tan dan jangka hayat selama 70 tahun. Ia hidup secara berkumpulan dan selalunya terdapat berhampiran sungai Kinabatangan, kerana ia sensitif kepada kepanasan. Terdapat empat kumpulan besar yang dikenal pasti iaitu:-
  1. Hilir Kinabatangan 110 ekor.
  2. Hulu Kinabatangan berhampiran sempadan Kalimantan 900 ekor.
  3. Rizap Hidupan Liar Tabin 300 ekor.
  4. Hulu Kaluntang 100 ekor.
  5. Pedalaman Kabupaten Nunukan 400 ekor.


Cara Membuat Read More / Baca Selanjutnya Di Blogspot Terbaru


Langkah-langkah memasang read more di blogspot sebagai berikut:


- Login ke blogger.
- Pilih Design.
- Pilih Edit HTML.
- Klik pada kotak "expand template widget".


1. Lalu cari kode
, untuk mempermudah pencarian tekan F3 atau Ctrl+F di Browser. Lalu CopyPaste code di bawah ini  di atas kode (diatas bukan replace ok):


2. Kemudian cari kode , Ganti kode/Tempel/Replace  dengan  kode di bawah ini (kat tempalate aku ada dua kod ni,so aku paste dekat kedua-dua kod tu):  



3. Kemudian priview dulu ,kalau ok baru Save Template.


TIPS BIJAK MENGGUNAKAN KAD KREDIT


Aku pengguna kad kredit dan pernah berhutang sampai RM5000 dengan bayaran minimum RM 2++ setiap bulan .Macam shit nak habiskan hutang tu.Ianya sesuatu yang tak perlu untuk kita bayar satiap bulan.Banyak benda boleh dibuat dengan RM 2++ tu kan ? pergi karok pon boleh 10 kali bro.

Sebenanya ade bagusnya guna kad kreadit ni. Antaranya kita tak payahlah nak bawak cash money dan boleh dapat beli barang sebelum gaji bulan depan kita masuk (emergency case ) .Selain tu kad kredit ni gak ada treat point yang banyak benefit jika ditebus =) macam kad kredit yang aku guna 10,000 treats points bersamaan RM50 lebih kurang dan aku pernah tebus dengan membeli kamera harga RM 599 dengan hanya penambahan RM 48 sahaja.Jimat bukan? 

Berikut adalah tips yang berguna untuk korang pakai sebelum menggunakan atau apply kad kredit dari AKPK:




Buat perbandingan terlebih dahulu untuk mendapatkan 
kad kredit terbaik. Carilah kad yang memberi 
pengecualian yuran penyertaan dan yuran tahunan
•  Hadkan bilangan kad kredit berdasarkan keperluan 
dan kemampuan pembayaran anda (disarankan 
maksimum 2 kad sahaja)


•  Membeli secara online hanya di laman web yang 
dipercayai sahaja




• Bayar sebelum tarikh akhir pembayaran untuk 
mengelakkan daripada dikenakan caj bayaran lewat 
atau penalti



•  Untuk mengelak daripada dikenakan faedah, bayar 
baki belum jelas sepenuhnya apabila anda menerima 
penyata bulanan. Berwaspada tentang akibat hanya 
membayar jumlah minimum


•  Jika anda menghadapi masalah aliran tunai, bayar 
jumlah minimum terlebih dahulu dan berusaha untuk 
menjelaskan bayaran sepenuhnya secepat mungkin

•  Elak menggunakan kad kredit jika anda tidak mampu 
membayar bayaran minimum bulanan

• Jangan menggunakan kad kredit untuk mendapat 
pendahuluan wang tunai daripada ATM. Ingat, setiap 
kali anda menggunakan kad kredit untuk mengeluarkan 
wang tunai, anda meningkatkan komitmen pinjaman 
di samping dikenakan yuran pendahuluan wang tunai 
dan faedah harian


•  Sentiasa periksa penyata bulanan kad kredit untuk 
memastikan setiap urus niaga dan caj yang dikenakan 
adalah betul. Penyata ini menunjukkan semua butiran 
urus niaga, termasuk yuran dan caj, tarikh akhir 
pembayaran perlu dijelaskan dan bayaran minimum. 
Hubungi pengeluar kad kredit sekiranya terdapat 
kesilapan pada penyata atau anda masih belum 
menerima penyata


Ingat! bijak mengguna menang memakai bro. kalau tak pandai guna alamatnya takut diistihar muflis plak..nauzubillah. 




E-ROKOK HARAM?


Pengharaman e-rokok: Pengguna mahu penjelasan terperinci



KUALA TERENGGANU – Komuniti pengguna rokok e-elektronik meminta supaya kerajaan memberikan penerangan lebih jelas berkaitan pengharaman penjualan rokok itu kerana ia menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna.


Pengamal perubatan alternatif, Mohammad Mansor Abdullah berkata, beliau keliru mengenai pengharaman penjualan rokok itu kerana ia telah beberapa tahun berada di pasaran negara ini.


“Di Terengganu sahaja penjualan rokok ini telah bertapak kira-kira dua tahun lalu dengan bilangan pengguna hampir 5,000 orang. Mengapa kini baru ada pengumuman bahawa ia diharamkan? Sebagai pengguna, saya minta penjelasan,” katanya.


Menurutnya, bahan asas rokok e-elektronik yang terdapat di dalam cecair e-liquid tidak melebihi lima bahan, iaitu nikotin, ethyl maltol, glycerol dan propylene glycol.


“Setakat ini, saya difahamkan hanya empat bahan ini yang terdapat dalam e-rokok selebihnya adalah perisa yang mana digunakan di dalam bahan makanan lain seperti makanan ringan.


“Ini menunjukkan rokok tembakau mengandungi 4,000 bahan beracun berbanding yang terdapat di dalam e-rokok malah biasanya jumlah nikotin yang terdapat dalam e-rokok adalah sebanyak 12 miligram (mg) dalam setiap 1 mililiter (ml) cecair rokok berkenaan,” katanya.


Pada 21 Januari lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penjualan bahan dan produk itu adalah salah mengikut Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.


Beliau berkata, mereka yang didapati bersalah menjual dan mengedar produk itu dan cecair nikotin untuk kegunaan rokok e-elektronik boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali.


Sementara itu, pengguna rokok elektronik, Muhd Kamaruzzaman Mahmud berkata, sepanjang hampir setahun menggunakan rokok berkenaan, tahap ketagihannya terhadap rokok konvensional semakin berkurangan.

 

“Badan saya semakin sihat dan saya tidak rasa letih dan lesu seperti ketika menghisap rokok konvensional sebelum ini.


“Apabila timbul larangan menjual e-rokok, saya keliru sama ada ia benar atau ada sebab sebaliknya.


“Saya tidak percaya jika ada yang mengatakan e-rokok menjadi punca penyakit kronik kerana ada kajian mengatakan ia mampu memulihkan perokok tegar yang menghabiskan empat hingga lima kotak rokok sehari,” katanya.






SUMBER:http://www.sinarharian.com.my/edisi/...rinci-1.126129