
“Kamu pasti akan membuat fasad(kerosakkan yang merosakkan) dibumi ini 2 kali” 17:4
Dalam al-quran itu sendiri telah menceritakan tentang bani Israel akan membuat kerosakkan di muka bumi sebanyak 2 kali,kerosakkan pertama telah dilakukan pada zaman Nabi Ibrahim a.s setelah nabi Ibrahim a.s meberikan zaman kegemilangan kepada kaum bani Israel dengan memerintah dunia,selepas itu mereka lupa dan kufur dengan nikmat yang telah Allah swt berikan kepada mereka dan mereka telah dihalau keluar dari Jurrusalem apabila Allah swt mnghantar tentera Babylon (atau dikenali dengan nama Iraq sekarang) untuk memusnah kaum yang dilaknat oleh Allah swt ini.Mereka telah menjadi hamba di Negara Babylon. Dan secara tidak langsung telah melenyapkan zaman kegemilangan bani Israel.Pada zaman kejatuhan itulah Allah swt telah menghantar nabi Daniel kepada mereka untuk menyampaikan janji Allah kepada mereka bahawa Allah swt akan mengutuskan seorang nabi yang amat istimewa untuk bani Israel yang dikenali sebagai Al-masih yang akan memerintah dan mengembalikan zaman kegemilangan mereka(kaum yahudi) sama ketika pemerintahan nabi Ibrahim a.s yang ketika itu memerintah dunia dari Jurrusalem.Akan tetapi apbila Allah swt menunaikan janjinya dengan menghantar nabi Isa a.s sebagai Al-masih ada sesetengahnya daripada kaum bani Israel menolaknya dan menentangnya dengan mengatakan bahawa nabi Isa a.s adalah anak luar nikah kerana dilahirkan oleh maryam dengan tidak mempunyai bapa.Jadi mereka mengatakan bahawa tidak mungkin anak luar nikah adalah Al-masih walhal itu adalah tanda kekuasaan Allah swt.Apabila nabi Isa disalib ,dan mereka melihat dengan mata mereka sendiri bahawa nabi Isa a.s telah wafat,sudah tentu mereka bertambah yakin bahawa nabi Isa a.s bukanlah Al-masih kerana nabi Isa tidak mungkin boleh mengembalikan zaman kegemilangan mereka keranat telah wafat,justeru itu mereka yang sebelumnya yang telah peracaya bahawa nabi Isa a.s adalah al-masih bertukar sebaliknya .walhal Allah swt telah mengangkat nabi Isa dan nabi Isa belum merasai maut,berdasarkan ayat Al-quran menyatakan bahawa setiap yang hidup akan merasai mati (21:35).Nabi Isa akan diturunkan semula untuk merasai mati.begitulah kaum yahudi masih menantikan Al-masih .Jika dilihat sekarang Negara yahudi telah dimerdekakan semula,kaum yahudi telah kembali ke Jurusalem ,Negara Israel sedang membangun dengan pesat ,jadi mereka telah yakin bahawa Al-masih yang dijanjikan oleh Allah swt telah sampai,tetapi siapakah al-masih ini.Sebagai mana Nabi Muhammad saw telah mengingatkan kepada kita bahawa akan tiba pada akhir zaman Allah swt akan menghantar satu makhluk yang diciptakan oleh Allah yang mempunyai pelbagai kebolehan yang luar biasa untuk menyamar sebagai Al-masih dan meyakinkan kaum yahudi bahawa dia telah mengembali kan zaman kegemilangan kaum yahudi tetapi semua itu hanyalah penipuan dari makhluk itu dan pada ketika itu Negara Israel akan memerintah dunia mengantikan AS yang mana merupakakan kuasa besar dunia ketika ini.Pada ketika itulah dia akan menunjukkan dirinya yang sebenar seperti ciri-ciri yang disebutkan dalam hadith Tamam Al-Dari dan itulah peranan sebenar makhluk yang bernama dajjal ini ,memerintah dunia sebagai pemimpin Negara Israel ketika itu dan mengembalikan zaman kegemilangan bani Israel semula lantas menyatakan bahawa dia adalah Al-masih yang sebenar.Bagaimana dan dimana dajjal melancarkan misinya pada waktu 1 hari dunia bersamaan 1 setahun waktunya,1 hari dunia bersaman sebulan baginya ,1 hari bersamaan seminggu dan seterusnya 1 hari sunia bersamaan 1 harinya dimana pada ketika itulah kita semua boleh melihatnya kerana dimensi waktu yang sama akan dijelaskan pada entry yang seterusnya jika berkesempatan insyaAllah.
Rujukan: Maulana Imron hosein
No comments:
Post a Comment