Thursday, November 22, 2012

Paranormal 10 Misteri Yang Gagal Diselsaikan FBI part 1

FBI atau lebih dikenali sebagai Federal Bureau of Investigation merupakan badan penyiasan bertaraf antarabangsa. Mereka juga mempunyai masalah dalam menyelesaikan beberapa kes sehingga dianggap sebagai kes misteri.


10 Misteri Yang Gagal Diselsaikan FBI | Ada banyak kejadian aneh dan misteri yang tak dapat dijelaskan dengan akal normal. Secara ilmiah sukar dihuraikan, mungkin melalui kejadian supranatural. Artikel ini bukan bermaksud membahaskan kejadian pelik tersebut, tapi kejadian-kejadian ini benar-benar terjadi dan sampai sekarang tidak mampu dijelaskan sebabnya. Bahkan FBI juga telah angkat tangan untuk menyiasat tentang kes-kes tersebut.
Berikut 10 kejadian aneh dan misteri dari berbagai pelusuk dunia, perkara aneh yang terjadi di dunia :
1. Rumah Hantu The Amityville

Amityvillecover.jpg

Anda pernah menonton filem horror Amityville House? Tahukah Filem yang diangkat dari novel horror karangan George dan Kathy Lutz, begitu menyeramkan ketika ditayangkan di pawagam.
Tapi tahukah anda bahawa sebenarnya semua kejadian horror itu adalah kisah benar. George dan Kathy menulisnya dalam novel berdasarkan kejadian sebenarnya yang kemudian diangkat ke pawagam. Orang percaya penulis sebenarnya adalah orang yang mengalami kejadian tersebut.
Kisah rumah berhantu itu berlaku pada tahun 1975 ketika pasangan suami isteri pindah ke sebuah rumah di Amityville, New York. Pasangan baru pindah ini tidak tahu bahawa rumah itu pada 13 tahun sebelumnya pernah terjadi peristiwa mengerikan. Anak lelaki pemilik rumah telah menembak mati semua keluarganya yang berjumlah enam orang. Semasa ditangkap, dia mengaku, membunuh kerana arahan suara yang bermain-main di kepalanya.
Tapi anehnya, keenam korban di temui tertelungkup di tempat tidur mereka. Mereka nampak tidur seperti biasa, tidak ada tanda bahawa mereka sebelumnya minum ubat penenang. Ini memang menjadi misteri yang aneh. Sementara pelaku Ronald DeFeo disumbatkan ke penjara di New York dan terpenjara di sana sehingga mati.
Berbalik kepada keluarga baru pindah ke rumah horror itu. Selama 28 hari di sana, banyak kejadian misteri dan mengerikan dialami pasangan ini. Bukan hanya bau busuk yg tiba-tiba datang, atau suara ketukan yang bising, tapi juga serangan fizikal yang tidak diketahui siapa pelakunya.
Malah salah seorang anggota keluarga melihat nampak lembaga menyeramkan dengan mata merah bersinar. Kathy menemui sebuah ruang kecil, anjing tidak mahu dekat ke sana. Ada apakah?
Sumber : Melayu kini.net

No comments: