Sunday, July 3, 2011

TUNTUTAN BERSIH 2.0



Inilah 8 tuntutan yang terkandung dalam BERSIH.


1.Bersihkan senarai Undi.
2.Reformasikan Undi Pos.
3.Guna dakwat kekal.
4.Masa kempen minima 21 hari.
5.Akses media yang bebas dan adil.
6.Kukuhkan Institusi Awam.
7.Hentikan rasuah.
8.Hentikan politik kotor.

Hurm ok gak tu.Aku sebagai pengundi pun rasa,8 perkara kat atas ni perlu dan sangat perlu.Tapi tak perlulah nak berarak-arak kat tempat orang cari makan.Kesian la kat orang yang nak cari rezeki.Tapi lantak korang lah..korang ada akal fikiran.Buatlah keputusan sendiri dan mohon petunjuk dari Allah SWT.









Ayat kat bawah ni adalah dari petikan laman web http://www.mykhilafah.com aku rase web ni memang tidak memihak sapa-sapa.Mereka hanya menegakkan apa yang betul.bukan macam sesetengah parti tu.Dulu negara Islam ,sekarang tukar kepada negara kebajikan.Yelah nak menang pilihan raya punya pasal.Nama Islam pon diorang bole mainkan.Penyokong-penyokong parti ni ramai yang ade pelajaran and ilmu yang agak tinggi.Tapi macam buta je dan ikut je ape kata pemimpin diorang.



"Wahai kaum Muslimin saudara seIslam sekalian! Sukalah kami mengingatkan kalian bahawa walaupun demonstrasi aman (masirah) dibenarkan dalam Islam, namun lihatlah kepada perkara atau ‘tuntutan’ di dalam demonstrasi yang ingin kalian lakukan. Sekiranya tuntutan yang kalian ingin suarakan adalah bertepatan dengan Islam dan sesuai dengan kehendak Allah, maka silalah berbuat demikian, semoga Allah bersama kalian dan semoga Allah memakbulkan tuntutan kalian. Namun, jika apa yang kalian ingin suarakan di dalam demonstrasi adalah suatu yang bertentangan dengan Islam dan perintah Allah, maka jauhilah diri-diri kalian dari murka Allah dan nasihatilah saudara-saudara kalian yang lain agar tidak melakukan hal yang sama. Fikirkanlah dengan berlapang dada dan hati yang jernih serta  penuh keikhlasan semata-mata kerana Allah, adakah tuntutan untuk ‘membersihkan’ pilihan raya di bawah sistem demokrasi kufur ciptaan manusia ini, merupakan cara yang bertepatan dengan syarak di dalam usaha kita untuk merubah sistem taghut ini, kepada sistem Islam ciptaan Allah Azza Wa Jalla?"

Regards,
Shahrul

 

No comments: