Sunday, December 28, 2008

Lawak Politik ini Ditaja Oleh Pulasan.net


Body: Sebuah keluarga dari golongan pertengahan, di mana suami dan isteri
bekerja. Mereka mempunyai dua orang anak.
Seorang lelaki berusia 9 tahun
dan seorang perempuan berusia setahun.
Segala urusan rumah
dikendalikan oleh seorang pembantu rumah Indonesia .


Pada suatu malam, ketika sedang makan malam sekeluarga, si anak sulung yang
berusia 9 tahun itu bertanya pada si ayah, "Ayah, apa itu politik?"
Tersedak si ayah mendengar persoalan anaknya itu.

Jawab ayah, "Politik itu macam keluarga kita.
Ayah dapatkan wang untuk
keluarga kita, ayah adalah kapitalis, Mama gunakan wang itu untuk
menguruskan keluarga kita, jadi mama adalah kerajaan.
Kakak pembantu rumah
kita adalah golongan pekerja.
Kamu adalah rakyat dan adik kamu adalah
generasi masa
depan.
Faham?"

Kelipok-kelipok mata si anak kejam celik. Memang tidak faham.
Lantas si ibu
mencelah, "Tak apa, malam ini waktu hendak tidur, kamu fikirkan apa yang
ayah cakap dan cuba faham okay.
"

Jadi semalaman si anak berusia 9 tahun itu tidak dapat lelapkan matanya
berfikir tentang politik.
Sehingga akhir sekali dia menjadi jemu dan hampir
terlelap. Pada waktu itulah, si adik buat perangai.
Meraung
tengah-tengah malam pulak.
Si anak itu pergi ke bilik ibu dan ayahnya
hendak memberitahu bahawa adiknya yang bernama Abdullah itu sedang meraung
kerana pampersnya sudah penuh najis.
Sampai di bilik dia lihat si ibu
sedang lena tidur. Walau berkali-kali dipanggil, si ibu tetap tidur.
Di
lihat si ayah pula tiada di sebelah ibu.
Jemu mengejutkan ibu yang tak
bangun-bangun, dia mengambil keputusan ke bilik pembantu rumah.
Bila dibuka
bilik pembantu rumah, dia lihat si ayah sedang 'bermain' dengan si pembantu
Indonesia itu.


Akhir sekali si anak terpaksa menyalin pampers adiknya sendiri.


Sewaktu bersarapan esok pagi, si ayah bertanya, "Dah faham apa itu
politik?"

Si anak yang sedang selera makan selamba menjawab, "Dah!".
Si ayah dan ibu
terkejut dengan jawapan selamba itu.
Lantas si ibu mencelah, "jadi apa dia
politik tu?".


Si anak tanpa mengangkat muka melihat ayah dan ibunya, dengan tenang
menjawab.
"sewaktu kerajaan sedang asyik tidur, golongan kapitalis menodai
golongan pekerja.
Akibatnya rakyat diabaikan dan masa depan bergelumang
najis! Itulah politik"




No comments: