Monday, November 10, 2008

Cinta Otai..haha


" Aku tak kira korang kena cari juga perempuan tu". LoZ membalik gambar itu kearah anak buahnya.
" Tapi bos dia ni anak orang kaya bos susah kita nak dapat".Mail takut-takut memberitahu bosnya, hatinya pelik entah kenapa sejak seminggu ni bosnya terlalu inginkan perempuan ini.
"Hahhh ada aku kisah….? Aku nak korang cari dia sampai dapat….muktamat". LoZ memandang anak buahnya dengan ekor mata.
Buat kerja sikit pun susah aku pantang betul kalau orang lawan cakap aku ni, LoZ duduk sambil menanti kedatangan Mz kawan baiknya. Sejak dari mula dia melakukan kegitan jenayah Mz adalah satu-satunya orang yang paling dipercayai malah MZ adalah kawan yang paling disayangi. Walaupun Mz tidak pernah terlibat dengan kegiatannya namun Mz lah yang menyelamatkannya semasa ingin dibunuh oleh geng ‘helang putih’, gangster dadah yang paling terkenal di kuala Lumpur. Asap rokok dihembus keluar dari mulut LoZ seakan khayal dalam duniamya sambil memandang wajah perempuan di tangannya. Seminggu lamanya dia termimpi-mimpikan gadis ini, masih terbayang akan aksi gadis ini semasa rompakan yang dilakukan minggu lepas. Gadis ini memeluk erat seorang kanak-kanak, LoZ sangat kagum apabila dia berani berdiri apabila hanya kanak-kanak itu yang menangis.
" Weiii jauhnya kau dah sampai syurga ke?" Mz menolak kaki kawannya dilihat sekeliling kubu rehat geng gagak hitam ini… ‘macam pusat pelupusan sampah’ bisik hatinya.
" Layak ke aku masuk ke syurga? Kalau neraka tu bolehlah" Loz merenung dalam insane dihadapannya. Kerja apa yang geng gagak hitam tak lakukan? Merompak, mengamun, mencuri, segalanya yang berkaitan dengan duit., semua dilakukan.
Mz melihat reaksi kawannya yang berlainan entah mengapa dia merasakan ada sesuatu yang tak kena. Hatinya sejak akhir-akhir ni tak sedap bak kata orang omputih something happen ewahhh pandai pulak cakap omputih hehehe…
"kau ni apahal semangkuk je aku tengok… dan mana yang lain kosong je aku tengok?" Loz sekali lagi bertanya, belum pun sempat jawapan itu keluar dari mulut Loz, gambar foto di tangan Loz dirampas...
"oooo...nilah masalah kau ek.. siapa pulak ni? Cuba kau cerita sikit"
" hishhh ni anak datuk mana, diorang suruh aku kerjakan tapi aku dah tolak dah... sebab maklumlah aku kalau perempuan ni tak leh".
Mz mencebik memang diakui kata-kata sahabatnya itu sejahat macamana pun kegiatannya, dia cukup menjaga anak buahnya supaya tidak membunuh dan merogol mana-mana perempuan. Itulah yang pasti, dan separuh dari duit rompakan pasti akan disalurkan ke yayasan yang menempatkan anak-anak yatim seperti mereka. walaupun puas dia menasihati kawannya itu alasannya tetap sama ‘belum sampai seru..’ ‘gila...nak taubat pun kena sampai seru’
" Aku nak bagitau kau...aku nak ke Indonesia ada keje sikit, ingat sepanjang aku tak ada ni jangan buat benda bodoh.. tunggu aku balik aku akan pastikan nama kau clear dari mana-mana balai polis, aku nak kau berubah" Mz memang seorang peguam yang hebat tapi disebalik kehebatannya Loz lah yang banyak membantu sehinggalah dia selesaikan pengajiannya, Lozlah keluarga yang sentiasa menyokong kejayaannya.
"baik bos...." Loz ketawa terbahak-bahak.
"Lepaskan aku.....lepaskan aku..." Humairah ketakutan, dia terkejut apabila dirinya ditangkap dan matanya ditutup, masa itu dia baru pulang dari membeli barang dapur, habis barangnya entah kemana..
Loz tersenyum apabila melihat wajah Humairah ada dihadapannya, dia memberikan 8 keping not rm50 kepada anak buahnya. Lalu mengisyaratkan mereka supaya keluar, dia ingin berduaan dengan insan yang selama ini menganggu tidurnya. Loz membuka ikatan yang menutup mata humairah.
"awak sape? Kenapa bawa saya kat sini? Awak nak apa?"
" aku nak kau.....". Ringkas sahaja jawapan Loz, dia tersenyum sekali lagi.


Sepanjang 3 hari ditawanan Loz sudah banyak kali humairah cuba melarikan diri tapi akhirnya dia penat... dia pasrah, hairan dihatinya apabila dirinya tidak diapa-apakan. Sepanjang dia ditahan hanya Faiz seorang pemuda yang mungkin masih belasan tahun menghantarnya makanan dan minuman. Melalui Faiz juga dia mengetahui serba sedikit tentang orang-orang yang menculiknya. Melalui Faiz juga dia diberi pakaian dan telekung yang diminta. Walau apapun yang terjadi Humairah tak akan mengabaikan dirinya pada Allah.
" Faiz tak sekolah ke?" tanya hunairah sambil menyuap makanan ke dalam mulutnya.
" Dah abis dah faiz tengah tunggu keputusan, Faiz anak yatim abang Loz yang jaga faiz selama ni dengan abang Mz...." Humairah menganggukan kepalanya.
Sememangnya duduk di tempat ini membuatkan dia tak selesa walaupun tidak ada yang mengancamnya. Tapi kena tidur atas lantai membuatkan dia betul-betul tdak selesa. Malam itu dia tidur tanpa mandi, hari hujan membuatkan dia tidur dalam kesejukan tubuhnya mengigil. Tiba-tiba dia mendengar kaki manusia masuk ke bilik. Matanya dipejamkan seakan-akan tidur humairah berdoa dalam hati agar tiada yang buruk akan terjadi kepadanya. Dia dapat merasakan seseorang yang begitu rapat dan dekat dengannya.dup dap...dup dap... deras degupan jantungnya.
Loz meyelimut tubuh Humairah dia tahu gadis itu belum tidur, macamana nak tidur kalau sejuk macam ni. dia sempat meneliti wajah gadis pujaannya itu. Hahhh...kenapa kau? Kenapa mesti kau??..rintih hatinya....lalu dia melangkah keluar dari bilik, humairah membuka matanya, dia mengapai bungkusan yang dibalut cantik ‘Untuk Kau’ Humairah tersenyum membaca tulisan di kad itu.
Pagi itu kedengaran bunyi riuh rendah di luar biliknya, humairah memasang telinga..kedengaran gelak tawa, semua suara lelaki hatinya gerun. Pintu tiba-tiba di tarik dari luar, humairah terdorong ke depan, kakinya kaku matanya tepat memandang ke arah Loz di hadapannya. Matanya meliar menjelajah ke seluruh tubuh humairah.
"Nak apa?" Humairah meninggikan suara.
" Aku nak...aku nak..." humairah menyilangkan tangannya menutup dadanya mata lelaki itu seakan menembusi seluruh tubuhnya. Loz tersenyum... dia tahu apa yang bermain di fikiran humairah.
" Aku nak kau masak hari ni untuk semua anak buah aku..."
" MASAK????"
Malam ini seakan ada temasya di banglo dua tingkat ini masing-masing memuji masakan humairah yang sedap....sepanjang dia memasak di dapur hanya Faiz yang kelihatan tapi malam ni mak aiii ramainya, satu persatu wajah di hadapannya dipandang termasuklah wajah Loz , lama dia meneliti wajah itu ‘emmm muka boleh tahan tapi kenapalah jadi penjenayah?’ hatinya berbisik. Tiba-tiba pandangannya tertembung dengan mata hitam milik lelaki itu, Loz menyengitkan mata kanannya sambil tersenyum..’eiii Gila!!" . malam beransur lewat masing-masing meninggalkan rumah banglo terpencil ini dengan senyuman tambahan bila berhadapan dengan ‘tukang masak’ baru mereka. faiz entah ke mana hanya tinggal Loz yang sedang bertemankan rokok di tangan.
" emmm tak tidur lagi?" tanya Loz kepada humairah yang mendekatinya.
" belum ngantuk lagi...kenapa duduk dekat sini?" tanya humairah.. entah kenapa sejak peritiwa malam hujan tu dia merasakan lelaki ini sangat baik. Dan niatnya untuk melarikan diri hilang begitu saja.
Suasana sepi Loz dan humairah melayan perasaan masing-masing......
" siapa nama sebenar awak?" humairah kembali bersuara.
" kenapa kau nak tahu? Nak jadikan aku laki kau ke.. tak payah tahu nama penuh, nama pendek pun kita boleh nikah dah..nak? aku panggilkan tok kadi sekarang?" ujar loz tangannya mencampakkan puntung rokok yang masih berasap.
"GILA!!" Humairah menjerit.. hatinya panas dengan usikan Loz.

minggu di bawah tahanan Loz membuatkan Humairah cukup faham dengan pemuda bernama Loz itu. Walaupun pada dasarnya lelaki ini tidak pernah berkata lembut tapi hakikatnya hatinya sangat lembut. Masih teringat peristiwa Loz menyelamatkan anak kucing yang jatuh ke dalam longkang, loz sanggup memberi tangannya untuk dipimpin seorang perempuan tua semasa melintas jalan semasa humairah mengikut lelaki itu ke pasar untuk membeli barang....hah...kenapa dia memikirkan Loz????.....
Kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari.....
Suasana menjadi riuh masing-masing mencari tempat yang selamat, bunyi tembakan berbalas tembakan menekam masuk ke telinga, Humairah ketakutan tangannya mengigit, dia menyorokkan dirinya di sebalik almari yang agak besar di situ. Dalam hatinya mengucap beberapa kali. Nafasnya turn naik, mukanya sudah basah dengan airmata. Bum..bum.. sekali lagi bunyi tembakan dia dapat melihat bagaimana tubuh faiz di hadapannya rebah.
"Faizzzzzz"…jerit satu suara dia kenal suara itu, Loz....dimana dia,
"Faiz"…Humairah mendapatkan tubuh itu entah kenapa dia sudah tidak takut lagi dengan peluru yang mungkin akan menusuk masuk ke badannya. Darah keluar dari celahan tangan yang menutup dadanya, peluru itu tepat mengenai dadanya. Humairah sekali lagi memanggil nama faiz..
"Akak…. Faiz nak minta maaf dengan ibu, faiz teringat masakan ibu bila kakak masakkan untuk faiz……" suara faiz begitu lemah, tiba-tiba, Loz datang menerpa kepala faiz dibawa keribanya, sempat juga mukanya ku pandang penuh dengan luka, dahinya juga berdarah.
" Abang Faiz tak ikut abang lagi, maafkan faiz, faiz bukan anak jantan……terima kasih sebab jaga faiz……" nafas faham terhenti, humairah mengajar insane dihadapannya mengucap apabila melihat Loz hanya diam membisu.
" Faizzzzzzzzzzz"…pekikan Loz dilepaskan dengan beberapa tembakan.
Loz menarik Humairah melarikan diri melalui jalan belakang dia sudah mejerit meminta gengnya berudur geng helang merah telah banyak membunuh anak buahnya. Jauh mereka melarikan diri, dengan kaki terjengkut-jengkut Loz tetap erat memegang tangan humairah. Dia tak mahu Humairah cedera, dia akan pastikan Humairah selamat tapi….tiba-tiba Loz terjelepuk jatuh. Mereka sudah jauh lari ke dalam hutan di belakang banglo, pasti orang-orang helang merah tidak akan sampai ke situ.
"Awak kenapa ni….?" Humairah cuba membantu Loz namun tubuh lelaki itu tidak mungkin mampu diangkat. Hah???darah?...humairah menjerit melihat tangannya berlumuran darah. Loz kena tembak? Dia panik.. nama Loz dipanggil beberapa kali, tubuh itu juga digoncang kuat. Airmatanya kembali mengalir.
"Heii..aku tak mati lagilah… emmm kau menangis sebab aku?" Loz bangun.. menyandarkan tubuhnya di batang pokok berdekatan, wajah humairah dipandang dia tersenyum….
" Awak kita pergi hospital….darah banyak ni…" humairah bersuara sayu…entah kenapa dia sendiri tak pasti kenapa dia menangis?.
" Emmm tak payah, aku dah call kawan aku dia akan bawa kau balik ke rumah… aku malas dah nak jaga kau…errggghh..." Loz mengerang kesakitan.
Humairah tidak henti mengalirkan air mata, hatinya tak keruan apabila mendengar Loz megerang kesakitan. Dia mengelap darah yang mengalir dari dahi Loz dengan tudung yang dipakai. Tetapi ia tetap mengalir.
"Kau nak tahu tak nama sebenar aku? Nama aku Lokman Zaifuddin...kau kena ingat nama aku tu tau jangan lupa...." melihat nafas loz turun naik aku terus memanggil kembali namanya...
"Lokman zaifuddin.........saya cintakan awak.........." lafaz humairah lembut....
Loz tersenyum hatinya tersenyum bangga, dia berdoa di dalam hati moga tuhan mengampunkan segala dosa yang dilakukan selama ini, dalam diam dia meniti satu kehidupan yang indah disaat akhir hidupnya........Nur humairahkebahagiaannya.........
"Loz................... ...."


aku terima nikahnya Nur Humairah abdullah dengan mas kawinnya 80 ringgit tunai" aku menitiskan airmata, dalam sekelip mata aku sudah bergelar isteri.
Humairah...
mencintaimu membuatkan aku keliru...
mencintaimu membuatkan aku mencermin diriku kembali...
mencintai dirimu membuatkan aku bisu....
aku benci dengan perasaan ini tapi perasaan ini mengangguku..
membuatkan aku terpaksa menculikmu....
sungguh aku bukan diriku.....
mengenalimu membuatkan aku tersenyum..
mengenalimu membuatkan aku kenal...
siapa aku................
moga kau bahagia... kerana bahagiamu bukan denganku
itu pasti.... kerana ada adam yang lebih baik dariku tercipta untumu..
sayangmu..
Loz a.k.a Lokman Zaifuddin....
Surat itu aku lipat dan ku simpan kemas kembali ke dalam kotak, selendang biru pemberian Loz masih dalam simpananku....
"Sayang masih ingatkan dia?" Mohd Zulkanain menghampiri isterinya...humairah hanya tersenyum...kasih suaminya telah memenuhi segenap hatinya, sememang cintanya pernah wujud untuk lokman Zainuddin namun kini Mohd Zulkanain adalah segalanya.
"Ya allah... tempatkanlah sahabatku di tempat orang-orang yang kau lindungi" bisik hati Mohd zulkanain a.k.a MZ.....’aku akan jaga humairah seperti mana yang kau inginkan Loz aku akan pastikan airmatanya tidak akan tumpah lagi, semoga rohmu dicucuri rahmat’.......
-the end-







No comments: